P.U. (A) · As enacted
Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) 2021
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) 2021.
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 25 Februari 2021.
s 2Pemakaian
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh MKD Kencana Sdn. Bhd.
s 3Peremitan cukai
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2
hendaklah diremitkan sepenuhnya:
3
MKD
Kencana
Sdn.
Bhd.
yang baginya
Akta terpakai menurut
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan)
(MKD Kencana Sdn. Bhd.) 2017 [P.U. (A) 264/2017];
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh
MKD Kencana Sdn. Bhd. menurut Sukuk Murabahah; atau
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara atau dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
s 4Peremitan duti setem
Apa-apa duti setem yang kena dibayar di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378]
berkenaan dengan apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen yang berhubungan dengan Sukuk Murabahah dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya.
Dibuat 23 Februari 2021
[Ruj. MOF.SID(S)700-14/2/1; PN(PU2)232/XVI]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
4
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)
ORDER 2021