Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) 2021 · As enacted
3. Peremitan cukai
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2
hendaklah diremitkan sepenuhnya:
3
MKD
Kencana
Sdn.
Bhd.
yang baginya
Akta terpakai menurut
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan)
(MKD Kencana Sdn. Bhd.) 2017 [P.U. (A) 264/2017];
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh
MKD Kencana Sdn. Bhd. menurut Sukuk Murabahah; atau
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara atau dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.