Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 1997
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 1976 yang terdapat dalam Jadual Kedua kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, yang disebut "Kaedah-Kaedah ibu" dalam Kaedah-Kaedah ini, adalah dipinda dalam kaedah 2—
(a)
dalam takrif "dadah"—
(i)
dengan menggantikan perkataan "Ordinan Dadah Berbahaya," dengan perkataan "Akta Dadah Berbahaya"; dan
(ii)
dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:
"Akta 234.";
(b)
dengan memotong takrif "Institusi";
(c)
dengan memasukkan selepas takrif "kesalahan tatatertib" takrif yang berikut:
' "Ketua Jabatan" bagi maksud—
(a)
jabatan kerajaan ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian atau unit dalam jabatan itu dan termasuklah seseorang pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi jabatan, bahagian atau unit jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya;
(b)
institusi ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu institusi, bahagian atau unit dalam institusi itu dan termasuk seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi institusi, bahagian atau unit dalam institusi itu untuk bertindak bagi pihaknya; dan
(c)
agensi swasta ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu agensi, bahagian atau unit dalam agensi itu dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi agensi, bahagian atau unit dalam agensi itu untuk bertindak bagi pihaknya;';
(d)
dengan memasukkan selepas takrif "ketua jabatan" takrif yang berikut:
' "kursus" ertinya apa-apa bentuk bidang pengajian yang dikendalikan oleh Institusi bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian Dan Program Latihan;';
(e)
dengan memasukkan selepas takrif "kursus" takrif yang berikut:
‘“Latihan amali” ertinya sesuatu latihan praktikal yang perlu dilakukan oleh pelajar berkaitan dengan kursusnya bagi suatu tempoh tertentu sama ada di dalam atau di luar Institusi;’;
(f)
dengan memasukkan selepas takrif "pembicaraan tatatertib" takrif yang berikut:
' "peperiksaan" ertinya apa-apa bentuk penilaian atau pengukuran atau ujian atau sebahagian daripadanya yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus;'; dan
(g)
dalam takrif "Warden" dengan menggantikan perkataan "pegawai utama" dengan perkataan "pegawai".