Malaysia legislation

Section 46

of PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 1997

Seksyen 46

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali:

(a)

amaran;

(b)

denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

(c)

penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;

(d)

penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;

(e)

penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;

(f)

penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;

(g)

pembuangan daripada Institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib.".

Section 46 — PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 1997