Malaysia legislation
Section 29
of PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 1997
Seksyen 29
Kaedah 65 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda—
(a)
dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 67;
(b)
dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:
"Rayuan."; dan
(c)
dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:
“(1) Jika seseorang pelajar tidak puas hati dengan sesuatu keputusan pihak berkuasa tatatertib, pelajar itu boleh mengemukakan secara bertulis dalam dua salinan tentang cadangannya hendak merayu terhadap keputusan itu melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu telah diberi.”