Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam (Tarikh Peletakhakan) 2015.
Tarikh peletakhakan 2.
Menteri menetapkan 1 Januari 2016 sebagai tarikh peletakhakan bagi maksud seksyen 4 Akta dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti
Kerajaan yang berhubungan dengan pentadbiran pinjaman di bawah Akta Kumpulan
Wang Pinjaman Perumahan 1971 [Akta 42] sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual, hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.