Seksyen 3
Perenggan Baru 43A
of Perintah Pengangkutan Jalan
Perintah ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 43 dengan perenggan baru yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 43A
Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis atau mana-mana atendan letak kereta boleh:
(a)
dengan menggunakan alat yang dianggap sesuai oleh
Majlis boleh menahan daripada bergerak sesebuah kenderaan yang melanggari perintah ini;
(b)
mengalih untuk ditahan kenderaan motor ini ke suatu tempat yang dianggap sesuai oleh Majlis.
(2)
Tiada sesiapa, kecuali dibenarkan oleh Majlis untuk demikian, boleh membuka atau merosakkan alat yang tersebut di subperenggan (1)(a).
"Notis pengalihan dan penahanan.
"Kenderaan yang diletak-kan dengan cara melanggar
Perintah ini boleh ditahan daripada bergerak.
18hb Ogos 2005]
1043
(3)
Sesebuah kenderaan motor yang telah ditahan daripada bergerak atau dialih mengikut peruntukan-peruntukan yang dinyatakan terdahulu di perenggan ini, tidak akan dilepaskan kepada pemandu atau sesiapa yang menguasainya sehingga dijelaskan kepada
Majlis bayaran sebanyak RM50.00 dan lain-lain bayaran yang telah ditanggungi oleh Majlis bersabit dengan penahanan atau pengalihan kenderaan seperti tersebut.
(4)
Majlis tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerosakan kepada sesebuah kenderaan motor yang ditahan daripada bergerak atau dialih seperti tersebut (sama ada kerosakan itu berlaku semasa atau selepas kenderaan motor itu ditahan daripada bergerak atau dialihkan).".