Seksyen 12
Seksyen 12
Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kelima adalah dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa apa-apa pengecualian, permit atau lesen yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Ordinan Judi Sabah atau
Ordinan Judi Sarawak pada atau sebelum bermulanya Perintah ini, hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya di bawah Ordinan masing-masing yang di bawahnya ia dibuat, dan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia habis tempoh, atau diubahkan, dipinda atau dibatalkan di bawah undang-undang tersebut. Bagi maksud ini sahaja, Ordinan-Ordinan itu masing-masing hendaklah terus berkuatkuasa sepenuh-nya.
(2)
Bagi maksud perenggan 12 (1) di atas, Ordinan Judi Sabah diubahsuaikan dengan cara yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
(3)
Apa-apa prosiding yang menanti atau wujud di hadapan mana-mana Mahkamah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Perintah ini, hendaklah diteruskan di bawah undang-undang yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini telah tidak dibuat.