P.U. (A) · As enacted
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Perihal
Dagangan
(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
s 2Tafsiran
Dalam Perintah ini—
“cara” termasuk representasi atau perbuatan;
“perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang”
termasuklah pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan mentah, penyajian dan peruncitan makanan atau barang-barang tersebut.
s 3Pihak berkuasa berwibawa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing hendaklah menjadi pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah
Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 [P.U. (A) 430/2011].
Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika—
P.U. (A) 431 3
diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan
ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam melainkan jika ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.
Semua makanan dan barang-barang import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan jika makanan dan barang-barang import itu mematuhi kehendak perenggan 4 atau diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebagaimana yang dirujuk dalam perenggan (1) hendaklah menandakan pada makanan dan barang-barang itu, nama badan pensijilan tersebut.
s 6Penandaan ke atas makanan dan barang-barang
Semua makanan dan barang-barang yang hendak ditandakan mengikut perenggan 4 dan 5 hendaklah ditandakan dengan menampalkan atau melampirkan logo yang dinyatakan dalam Jadual Pertama pada atau dengan apa-apa cara lain mengecapkannya di atas atau menyatukannya dengan—
makanan atau barang-barang itu; atau
apa-apa benda yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya makanan atau barang-barang itu dibekalkan.
P.U. (A) 431 4
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu boleh memohon kepada
JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing bagi mendapatkan perakuan halal.
Mana-mana permohonan bagi perakuan halal itu hendaklah mematuhi standard, prosedur dan pekeliling yang dikuatkuasakan oleh Ketua Pengarah JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing.
Fi yang kena dibayar bagi permohonan perakuan halal adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Fi
Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 [P.U. (A) 432/2011].
s 8Kesalahan
Mana-mana orang yang—
memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal; atau
membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu, bertentangan dengan Perintah ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
P.U. (A) 431 5
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
s 9Peralihan
Semua makanan dan barang-barang yang berada di pasaran sebelum Perintah ini berkuat kuasa yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah mematuhi kehendak perenggan 4 atau 5, dalam tempoh satu tahun dari permulaan kuat kuasa Perintah ini.