Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu boleh memohon kepada
JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing bagi mendapatkan perakuan halal.
Mana-mana permohonan bagi perakuan halal itu hendaklah mematuhi standard, prosedur dan pekeliling yang dikuatkuasakan oleh Ketua Pengarah JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing.
Fi yang kena dibayar bagi permohonan perakuan halal adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Fi
Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 [P.U. (A) 432/2011].