Skip to content
In forceAs enacted
Contents

P.U. (A)

Perintah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pengecualian Individu) (Perjanjian-Perjanjian Muktamad Antara Malaysia Airlines Berhad Dengan Japan Airlines Co., Ltd.) 2024

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia (Pengecualian Individu) (Perjanjian-Perjanjian Muktamad antara

Malaysia Airlines Berhad dengan Japan Airlines Co., Ltd.) 2024.

(2)

Perintah ini disifatkan telah berkuat kuasa bagi tempoh mulai 2 Mei 2023

hingga 1 Mei 2028.

s 2Tafsiran

Dalam Perintah ini—

“Perjanjian-Perjanjian Muktamad” ertinya perjanjian-perjanjian kolektif yang terdiri daripada yang berikut:

(a)

Perjanjian

Perikatan antara

Malaysia

Airlines

Berhad dengan

Japan Airlines Co., Ltd. bertarikh 1 April 2020;

(b)

Perjanjian Usaha Sama antara Malaysia Airlines Berhad dengan

Japan Airlines Co., Ltd. bertarikh 1 April 2020; dan

(c)

Perjanjian Perkongsian Hasil antara Malaysia Airlines Berhad dengan

Japan Airlines Co., Ltd. bertarikh 1 April 2020;

P.U. (A) 5 3

“pihak” ertinya suatu pihak kepada Perjanjian-Perjanjian Muktamad yang secara individu merujuk kepada Malaysia Airlines Berhad atau Japan Airlines Co., Ltd., dan “pihak-pihak” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

s 3Pengecualian individu

Suruhanjaya memberikan pengecualian individu berkenaan dengan

Perjanjian-Perjanjian Muktamad daripada larangan di bawah seksyen 49 Akta.

s 4Syarat bagi pengecualian individu

Pengecualian individu yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa pihak-pihak tidak boleh beroperasi dengan menggunakan nama yang sama.

(1)

Jika apa-apa perubahan material dibuat kepada Perjanjian-Perjanjian

Muktamad yang boleh menjejaskan pemberian pengecualian individu, termasuk apa-apa perubahan kepada pihak-pihak, salah satu pihak hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan pengecualian individu itu secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam tempoh dua minggu dari tarikh perubahan material itu.

(2)

Apabila diminta oleh Suruhanjaya, pihak-pihak hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang disediakan di bawah Perjanjian-Perjanjian

Muktamad dalam bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Dibuat 2 Januari 2024

[MOT.BU(S).600-2/17/1 Jld. 16(13); PN(PU2)735/III]

DATUK SERI HAJI SARIPUDDIN HAJI KASIM

Pengerusi Eksekutif

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

P.U. (A) 5 4

MALAYSIAN AVIATION COMMISSION ACT 2015

MALAYSIAN AVIATION COMMISSION

(INDIVIDUAL EXEMPTION) (DEFINITIVE AGREEMENTS BETWEEN

MALAYSIA AIRLINES BERHAD AND JAPAN AIRLINES CO., LTD.) ORDER 2024