Perintah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pengecualian Individu) (Perjanjian-Perjanjian Muktamad Antara Malaysia Airlines Berhad Dengan Japan Airlines Co., Ltd.) 2024 · As enacted
5. Obligasi di bawah pengecualian individu
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa perubahan material dibuat kepada Perjanjian-Perjanjian
Muktamad yang boleh menjejaskan pemberian pengecualian individu, termasuk apa-apa perubahan kepada pihak-pihak, salah satu pihak hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan pengecualian individu itu secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam tempoh dua minggu dari tarikh perubahan material itu.
Apabila diminta oleh Suruhanjaya, pihak-pihak hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang disediakan di bawah Perjanjian-Perjanjian
Muktamad dalam bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Dibuat 2 Januari 2024
[MOT.BU(S).600-2/17/1 Jld. 16(13); PN(PU2)735/III]
DATUK SERI HAJI SARIPUDDIN HAJI KASIM
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
P.U. (A) 5 4
MALAYSIAN AVIATION COMMISSION ACT 2015
MALAYSIAN AVIATION COMMISSION
(INDIVIDUAL EXEMPTION) (DEFINITIVE AGREEMENTS BETWEEN
MALAYSIA AIRLINES BERHAD AND JAPAN AIRLINES CO., LTD.) ORDER 2024