Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Syarikat
(Pindaan Jadual Kelapan) 2025.
/akn/my/act/pua/2025/8
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH SYARIKAT (PINDAAN JADUAL KELAPAN) 2025 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 8 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Syarikat
(Pindaan Jadual Kelapan) 2025.
Jadual Kelapan Akta Syarikat 2016 dipinda—
(a)
dengan memotong perenggan 1;
(b)
dengan memotong perenggan 2;
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan 2 yang dipotong perenggan yang berikut:
“2A. Suatu syarikat layak untuk suatu moratorium bagi perkiraan sukarela korporat yang dicadangkan oleh pengarah, pengurus kehakiman atau penyelesai jika—
(a)
syarikat itu digulung;
(b)
syarikat itu di bawah suatu perintah pengurusan kehakiman;
P.U. (A) 8 3
(c)
syarikat itu bukan suatu institusi berlesen atau pengendali sistem pembayaran ditetapkan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia;
(d)
syarikat itu tidak diluluskan atau didaftarkan di bawah Bahagian II, tidak dilesenkan atau didaftarkan di bawah Bahagian III, tidak diluluskan di bawah Bahagian IIIA atau tidak diiktiraf di bawah Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007; atau
(e)
syarikat itu tidak diluluskan di bawah Bahagian II
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.”;
(d)
dalam perenggan 3, dengan menggantikan perkataan “perenggan 1 dan 2”
dengan perkataan “perenggan 2A”;
(e)
dalam perenggan 9, dengan menggantikan perkataan “atau Pegawai
Penerima” dengan perkataan “, Pegawai Penerima, pengurus kehakiman atau penyelesai”;
(f)
dengan menggantikan perenggan 10 dengan perenggan yang berikut:
“10.
Selepas diberitahu di bawah perenggan (9), penama hendaklah, dalam masa tujuh hari bermula dari tarikh pemberitahuan itu—
(a)
memberitahu Pendaftar tentang fakta permulaan moratorium itu;
(b)
memberitahu syarikat dan mana-mana pemiutang mempetisyen bagi syarikat yang tuntutannya
P.U. (A) 8 4
diketahui penama itu tentang fakta permulaan moratorium itu; dan
(c)
mengiklankan fakta itu dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.”; dan
(g)
dalam subperenggan 12(a)—
(i)
dengan memotong perkataan “dalam laman sesawang
Suruhanjaya dan”; dan
(ii)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan
“or” dengan perkataan “and”.
Dibuat 6 Januari 2025
[KPDNKK.100-1/4/11; PN(PU2)740/JLD.4]
DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
P.U. (A) 8 5
COMPANIES ACT 2016
COMPANIES (AMENDMENT OF EIGHTH SCHEDULE) ORDER 2025
IN exercise of the powers conferred by section 617 of the Companies Act 2016
[Act 777], the Minister makes the following order:
Citation and commencement
1.
(1)
This order may be cited as the Companies (Amendment of Eighth
Schedule) Order 2025.
(2)
This Order comes into operation on 31 January 2025.
Amendment of Eighth Schedule
2.
The Eighth Schedule to the Companies Act 2016 is amended—
(a)
by deleting paragraph 1;
(b)
by deleting paragraph 2;
(c)
by inserting after the deleted paragraph 2 the following paragraph:
“2A. A company is eligible for a moratorium for corporate voluntary arrangement proposed by the directors, judicial manager or liquidator if—
(a)
the company is being wound up;
(b)
the company is under a judicial management order;
the company is not a licensed institution or operator of a designated payment system regulated
P.U. (A) 8 6
under the laws enforced by the Central Bank of Malaysia;
(d)
the company is not approved or registered under
Part II, not licensed or registered under Part III, not approved under Part IIIA or not recognised under
Part VIII of the Capital Markets and Services Act 2007;
or
the company is not approved under Part II of the
Securities
Industry
(Central
Depositories)
Act 1991.”;
(d)
in paragraph 3, by substituting for the words “paragraphs 1 and 2”
the words “paragraph 2A”;
(e)
in paragraph 9, by substituting for the words “or Official Receiver”
the words ", Official Receiver, judicial manager or liquidator”;
(f)
by substituting for paragraph 10 the following paragraph:
“10.
After being notified under paragraph 9, the nominee shall, within seven days from the date of the notification —
(a)
notify the
Registrar of the fact of the commencement of the moratorium;
(b)
notify the company and any petitioning creditor of the company of whose claim he is aware of the fact of the commencement of the moratorium; and
(c)
advertise the fact in one widely circulated newspaper in Malaysia in the national language
P.U. (A) 8 7
and one widely circulated newspaper in Malaysia in the English language.”; and
(g)
in subparagraph 12(a)—
(i)
by deleting the words “in the website of the Commission and”;
and
(ii)
in the English language text, by substituting for the word “or”
the word “and”.
Made 6 January 2025
[KPDNKK.100-1/4/11; PN(PU2)740/JLD.4]
DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
Minister of Domestic Trade and Cost of Living