Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (A)

Perintah Universiti dan Kolej Universiti (Perlembagaan Universiti Sultan Zainal Abidin) (Pindaan) 2012

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Nama

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Universiti dan Kolej Universiti

(Perlembagaan Universiti Sultan Zainal Abidin) (Pindaan) 2012.

s 2Pindaan seksyen 4

Perlembagaan Universiti Sultan Zainal Abidin, yang disebut “Perlembagaan”

dalam Perintah ini, dipinda dalam seksyen 4 dengan menggantikan subseksyen (3)

dengan subseksyen yang berikut:

“(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kuasa di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan oleh Lembaga, kecuali kuasa di bawah perenggan (1)(a), (b), (c), (d),

(e)

, (g), (k) dan (o) yang hendaklah dijalankan oleh Senat.”.

s 3Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Perlembagaan dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat

Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)

Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan

P.U. (A) 411 3

jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.

(6)

Seseorang yang dilantik sebagai Ketua

Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh

Lembaga.

(7)

Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan

Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh

Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.

s 4Pindaan seksyen 16

Seksyen 16 Perlembagaan dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)

Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa

Pengurusan Universiti atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti,

Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa

Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Aduan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh statut sebagai Pihak Berkuasa

Universiti.”.

s 5Pindaan seksyen 22

Seksyen 22 Perlembagaan dipinda dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:

“(8)

Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa perkara yang dihantar kepadanya oleh Lembaga di bawah subseksyen 20(2).”.

P.U. (A) 411 4

s 6Pemotongan seksyen 27

Perlembagaan dipinda dengan memotong seksyen 27.

s 7Seksyen baru 28A

Perlembagaan dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28 seksyen yang berikut:

(1)

Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuhkan yang hendaklah terdiri daripada—

(a)

Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

dua orang ahli yang dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar;

(c)

dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau

Alumni Universiti; dan

(d)

dua orang pegawai lain Universiti yang dilantik oleh

Lembaga selepas mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan untuk menjamin suatu Jawatankuasa Aduan

Pelajar yang mendapat keyakinan pelajar.

(2)

Jawatankuasa Aduan Pelajar hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dalam menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat oleh pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh statut.”.

P.U. (A) 411 5

Pindaan Jadual 8.

Jadual kepada Perlembagaan dipinda dengan menggantikan perenggan 4 dengan perenggan yang berikut:

“4.

Jika mana-mana orang terhenti menjadi ahli Pihak Berkuasa oleh sebab peruntukan Perlembagaan ini, seorang lain boleh dilantik untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh selebihnya yang baginya ahli itu dilantik.”.

Dibuat 9 November 2012

[KPT.U(S)100-1/2/1 Jld 9; PN(PU2)75T/IV]

Dengan Titah Perintah,

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi

P.U. (A) 411 6

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES (CONSTITUTION OF THE UNIVERSITI

SULTAN ZAINAL ABIDIN) (AMENDMENT) ORDER 2012

s 7

The Constitution is amended by inserting after section 28 the following section:

“Students’ Complaints Committee

s 28A

(1)

There is established a Students’ Complaints Committee which shall consist of—

(a)

the Vice-Chancellor who shall be the chairman;

(b)

two members elected by the Students’ Representative

Council;

(c)

two members elected by the Guild of Graduates or the

Alumni of the University; and

(d)

two other officers of the University appointed by the Board after due regards to the importance of securing a Students’

Complaints Committee which enjoys student confidence.

(2)

The Students’ Complaints Committee shall have such powers in conducting investigations or inquiries as to any complaint made by a student in the manner as may be prescribed by statute.”.

P.U. (A) 411 9

Amendment of Schedule 8.

The Schedule to the Constitution is amended by substituting for paragraph 4 the following paragraph:

“4.

Where any person ceases to be a member of an Authority by reason of the provisions of this Constitution, another person may be appointed to fill the vacancy for the remainder of the term for which the member was appointed.”.

Made 9 November 2012

[KPT.U(S)100-1/2/1 Jld 9; PN(PU2)75T/IV]

By Command,

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Minister of Higher Education