Perintah Universiti dan Kolej Universiti (Perlembagaan Universiti Sultan Zainal Abidin) (Pindaan) 2012 · As enacted
3. Pindaan seksyen 14
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 14 Perlembagaan dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4)
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat
Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5)
Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan
Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan
P.U. (A) 411 3
jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan
Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.
Seseorang yang dilantik sebagai Ketua
Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh
Lembaga.
Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan
Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh
Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.