Seksyen 1
(2)
Perintah ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 1998.
Pindaan Jadual Pertama
/akn/my/act/pua/1998/414
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN JADUAL PERTAMA DAN JADUAL KETIGA) (NO. 2) 1998 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 414 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.
Opening note
Perintah ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 1998.
Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, yang dalam Perintah ini disebut "Akta ibu", dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 9 perenggan yang berikut:
“(10) Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya ialah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang berikut yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen:
pas lawatan (kerja sementara) yang dikeluarkan kepada seorang ekspatriat yang menerima upah bulanan yang tidak kurang daripada dua ribu lima ratus ringgit, dan yang tidak memberi kepada Lembaga dan majikannya satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niatnya untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
Mana-mana orang yang negara domisilnya ialah Thailand yang masuk dan berada secara sementara di bawah suatu pas yang dikeluarkan menurut Perjanjian Pas Sempadan bertarikh 24 Jun 1940 antara Kerajaan Negeri Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dengan Kerajaan Thailand, yang bekerja di bawah suatu pas lawatan (kerja sementara) yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.
Mana-mana orang yang negara domisilnya ialah di luar Malaysia dan bekerja dengan kelulusan yang diberikan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkapalan.".
Pindaan Jadual Ketiga
Bahagian B Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan "atau" di hujung subperenggan (a);
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
"(b) yang memilih untuk mencarum di bawah seksyen 54(2) Akta pada atau selepas 1 Ogos 1998; atau"; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b), perenggan yang berikut:
"(c) yang memilih untuk mencarum di bawah perenggan 10 Jadual Pertama kepada Akta pada atau selepas 1 Ogos 1998."; dan
dalam perenggan (2), dengan menggantikan perkataan "Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991" dengan perkataan "kepada Akta.".
Dibuat 24 Oktober 1998. [S. 8603(SJ. 5) Jd. 26; PN(PU $ ^{2} $ ) 498/IV]
MUSTAPA BIN MOHAMED,
Menteri Kewangan Kedua
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE AND THIRD SCHEDULE) (No.2) ORDER 1998
Opening note
This Order shall be deemed to have come into operation on 1 August 1998.
Amendment of First Schedule
The First Schedule to the Employees Provident Fund Act 1991, which in this Order is referred to as the "principal Act", is amended by inserting after paragraph 9 the following paragraphs:
"(10)Any person who is employed and whose country of domicile is outside Malaysia and who enters and remains temporarily under the authority of the following pass issued under the provisions of any written law relating to immigration:
visit pass (temporary employment) issued to an expatriate who receives monthly wages of not less than two thousand five hundred ringgit, and has not given to the Board and his employer one month's notice in the prescribed form of his intention to be a member of the Fund.
Any person whose country of domicile is Thailand who enters and remains temporarily under a pass issued pursuant to the Border Pass Agreement dated 24 June 1940 between the Governments of the States of Kelantan, Perlis, Kedah, Perak and the Government of Thailand, who works under the authority of a visit pass (temporary employment) issued under the provisions of any written law relating to immigration.
Any person whose country of domicile is outside Malaysia and who works with the approval given under the provisions of any written law relating to shipping.".
Amendment of Third Schedule
Part B of the Third Schedule to the principal Act is amended—
by deleting the word "or" at the end of subparagraph (a);
by substituting for paragraph (b) the following paragraph: "(b) who elect to contribute under section 54(2) of the Act on or after 1 August 1998; or"; and
by inserting after paragraph (b), the following paragraph:
"(c)who elect to contribute under paragraph 10 of the First Schedule to the Act on or after 1 August 1998."; and
in paragraph (2), by substituting for the words "of the Employees Provident Fund Act 1991" the words "to the Act.".
Made 24 October 1998. [S. 8603(SJ.5) Jd.26; PN(PU $ ^{2} $ ) 498/IV]
MUSTAPA BIN MOHAMED. Second Minister of Finance