Jadual
JADUAL PERTAMA) 2015
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION)
(AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2015
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
2
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980
PERINTAH AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2015
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 19A Jadual Pertama kepada
Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], Yang di-Pertuan Agong membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 2015.
(2)
Subperenggan 2(a) dan (j) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 28 September 2001.
(3)
Subperenggan 2(b), (c), (d) dan (e) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
(4)
Subperenggan 2(f) dan (g) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
(5)
Subperenggan 2(i)
disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.
Pindaan Jadual Pertama 2.
Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], dipinda dalam Jadual Pertama—
(a)
dengan menggantikan takrif bagi “Ahli atau Anggota” dengan takrif yang berikut:
‘ “Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran sebagaimana ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160
Perlembagaan
Persekutuan dan termasuk anggota mana-mana satu Majlis Parlimen, Yang di-Pertua dan
3
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang bukan Ahli Majlis itu tetapi tidak termasuk
Setiausaha Politik yang bukan Ahli Parlimen dan juga tidaklah termasuk Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri;’;
(b)
dalam subperenggan 2(2), dengan menggantikan perkataan “setengah”
dengan perkataan “tiga per lima”;
(c)
dalam perenggan 5—
(i)
dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:
“(3)
Tertakluk kepada perenggan 10, pencen terbitan yang diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah dibayar dari tarikh sebaik selepas tarikh kematian Ahli atau Anggota itu.”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “5, 6 atau 7” dalam subperenggan
dengan perkataan “5 atau 6”;
(d)
dengan menggantikan perenggan 6 dengan perenggan yang berikut:
“Pencen terbitan jika seseorang mati selepas terhenti menjadi
Ahli atau Anggota 6.
(1)
Tertakluk kepada perenggan 10, mulai 1 Januari 2009, jika seseorang Ahli atau Anggota mati selepas terhenti menjadi Ahli atau Anggota, orang-orang tanggungannya boleh diberi pencen terbitan sebanyak amaun yang sama dengan pencen yang dibayar atau kena dibayar kepadanya.
4
(2)
Subperenggan (1) juga terpakai bagi orang-orang tanggungan yang menerima pencen terbitan sebelum 1 Januari 2009.”;
(e)
dengan memotong perenggan 7;
(f)
dalam perenggan 8, dengan menggantikan subperenggan (4) dengan subperenggan yang berikut:
“(4)
Walau apa pun subperenggan (1), jika seseorang balu atau duda berkahwin dengan seseorang Ahli atau Anggota pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh akhir sekali Ahli atau Anggota itu terhenti, balu atau duda itu hanya berhak mendapat pencen terbitan sahaja di bawah perenggan 6 bagi baki tempoh dua puluh tahun itu dan tidaklah berhak mendapat pencen terbitan selepas daripada itu.”;
(g)
dengan memasukkan selepas subperenggan (4) subperenggan yang berikut:
“(5)
Walau apa pun baki tempoh dua puluh tahun yang disebut dalam subperenggan (4), pencen terbitan itu hendaklah hanya dikira dan dibayar mulai 1 Januari 2012.”;
(h)
dalam perenggan 9—
(i)
dengan menomborkan semula perenggan 9 yang sedia ada sebagai subperenggan 9(1); dan
(ii)
dengan memasukkan selepas subperenggan (1) yang dinomborkan semula subperenggan yang berikut:
5
“(2)
Jika pencen terbitan dibayar kepada mana-mana orang yang layak di bawah subperenggan 8(1), dan kemudiannya seorang atau lebih orang yang layak membuat tuntutan untuk pencen terbitan tersebut, tarikh bagi pembahagian semula pencen terbitan tersebut ialah satu bulan dari tarikh tuntutan itu dibuat dan apa-apa bayaran yang telah dibuat sebelum tarikh pembahagian semula hendaklah disifatkan menjadi sah dan dibuat oleh Kerajaan dengan sempurna.”;
(i)
dengan menggantikan perenggan 20 dengan perenggan yang berikut:
“20.
(1)
Apa-apa pencen yang diberikan di bawah perenggan 2 atau pencen terbitan yang diberikan di bawah perenggan 5 atau 6
hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus dan hendaklah dibayar mulai Januari setiap tahun.
(2)
Tertakluk kepada subperenggan (1), jika Ahli atau
Anggota diberi pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun oleh sebab beliau telah menjadi Ahli untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 dan terhenti menjadi Ahli atau
Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi
Ahli atau Anggota, pencennya hendaklah diselaraskan dengan kenaikan sebanyak dua peratus bermula dari tahun kedua dia diberi pencen itu.
(3)
Pencen yang telah diselaraskan di bawah subperenggan (1) hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.
(4)
Pencen atau pencen terbitan yang diberi kepada—
orang yang terhenti menjadi Ahli atau
Anggota; atau 6
(b)
orang tanggungan kepada Ahli atau
Anggota yang mati itu, sebelum 1 Januari 2014, hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Jadual Pertama Akta hingga 31 Disember 2013 seolah-olah Jadual Pertama tidak dipinda oleh Perintah ini, sebelum penyelarasan semula pencen atau pencen terbitan itu dibuat mengikut subperenggan (1).
(5)
Apa-apa pencen atau pencen terbitan yang telah diselaraskan menurut subperenggan (4) hendaklah dikira semula mengikut subperenggan (1) dan hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.
(6)
Peruntukan subperenggan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(b) Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 [Akta 22] seolah-olah ia suatu pencen yang dibayar di bawah
Jadual ini dan perenggan 5 dan 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai.”; dan
(j)
dengan memotong perenggan 22.
Kecualian dan peralihan 3.
(1)
Pemberian pencen atau pencen terbitan dan pengiraan pencen atau pencen terbitan berkenaan dengan seseorang Ahli atau Anggota yang terhenti sebelum 1 Januari 2009 atau mati sebelum 31 Disember 2008 hendaklah berdasarkan Jadual
Pertama Akta seolah-olah Jadual Pertama tidak dipinda oleh Perintah ini, dan pemberian pencen atau pencen terbitan dan pengiraan pencen atau pencen terbitan itu hendaklah berdasarkan pindaan yang dibuat kepada Jadual Pertama oleh Perintah ini hanya mulai 1 Januari 2009 dan kena dibayar mulai tarikh itu.
7
(2)
Apa-apa pembayaran pencen terbitan kepada balu atau duda yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah subperenggan 2(e) Perintah ini, jika tempoh dua belas setengah tahun telah tamat sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:
(a)
tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh orang itu terhenti menjadi Ahli atau Anggota;
(b)
balu atau duda itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan bagi tempoh selepas tamatnya tempoh dua belas setengah tahun hingga 31 Disember 2011; dan
(c)
pembayaran pencen terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
(3)
Walau apa pun subperenggan 3(2), sekiranya mana-mana balu atau duda yang telah hilang kelayakan untuk menerima pencen terbitan disebabkan tamat tempoh dua belas setengah tahun sebelum 1 Januari 2012 dan kemudiannya menjadi layak semula mulai 1 Januari 2012 yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah perenggan 2(e) Perintah ini, pembahagian semula pencen terbitan, jika ada, yang sepatutnya dibuat mulai tarikh itu hendaklah hanya dibuat dan dibayar mulai tarikh Perintah ini disiarkan dalam Warta.
(4)
Apa-apa pembayaran pencen terbitan yang telah dibuat kepada mana-mana orang sebelum tarikh Perintah ini disiarkan dalam Warta disifatkan sah dan dibuat dengan sempurna.
(5)
Apa-apa pembayaran pencen terbitan yang dibuat menurut pindaan subsubperenggan 2(h)(ii) Perintah ini sebelum tarikh kuat kuasa perenggan itu hendaklah disifatkan menjadi sah dan dibuat mengikut pindaan itu.
8
(6)
Walau apa pun perenggan 20 Jadual Pertama Akta sebagaimana yang dipinda oleh Perintah ini—
(a)
jika mana-mana Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya layak bagi penyelarasan pencen atau faedah lain di bawah Jadual
Pertama Akta sebelum perenggan 20 dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014 tetapi penyelarasan itu tidak dibuat sebelum tarikh itu, pencen atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Jadual Pertama Akta hingga 31 Disember 2013 seolah-olah semua perenggan dalam Jadual
Pertama Akta kecuali perenggan 20, telah berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2014;
(b)
pencen dan faedah lain
Ahli atau
Anggota dan orang tanggungannya hendaklah, dari 1 Januari 2014, dikira berdasarkan perenggan 20 Jadual Pertama Akta sebagaimana yang dipinda oleh
Perintah ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu;
(c)
bagi mana-mana Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya yang pencen atau faedah lainnya telah diselaraskan mengikut Jadual
Pertama Akta sebaik sebelum 1 Januari 2014, pencen atau faedah lain itu hendaklah, dari 1 Januari 2014, dikira berdasarkan perenggan 20 Jadual Pertama Akta sebagaimana yang dipinda oleh
Perintah ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu;
(d)
bagi penerima pencen terbitan yang mula menerima pencen mereka mengikut tarikh pencen terbitan itu layak dibayar menurut subperenggan 9(2) Jadual Pertama Akta sebagaimana yang dipinda oleh Perintah ini atau yang ditetapkan dalam subperenggan 20(3)
atau 20(4) Jadual Pertama Akta sebagaimana yang dipinda oleh
Perintah ini, penyelarasan di bawah perenggan 20 Jadual Pertama
Akta sebagaimana yang dipinda oleh Perintah ini akan dibuat mulai tarikh mereka mula layak dibayar pencen terbitan itu; dan 9
(e)
bagi Ahli atau Anggota yang telah terhenti menjadi Ahli atau
Anggota sebelum mencapai umur lima puluh tahun dan layak menerima pencen apabila mencapai umur lima puluh tahun selepas Perintah ini berkuat kuasa, penyelarasan yang dibuat di bawah subperenggan 20(1) Jadual Pertama Akta hanya akan dibuat pada tahun kedua Ahli atau Anggota menerima pencennya.
Dibuat 16 Februari 2015
[JPA/PEN(R) 228/26/6-2; PN(PU2)171/XXII]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Setiausaha Jemaah Menteri
10
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) ACT 1980
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE)
ORDER 2015
IN exercise of the powers conferred by paragraph 19A of the First Schedule to the
Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 [Act 237], the Yang di-Pertuan Agong makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Members of Parliament (Remuneration)
(Amendment of First Schedule) Order 2015.
(2)
Subparagraphs 2(a) and (j) are deemed to have come into operation on 28 September 2001.
(3)
Subparagraphs 2(b), (c), (d) and (e) are deemed to have come into operation on 1 January 2009.
(4)
Subparagraphs 2(f) and (g) are deemed to have come into operation on 1 January 2012.
(5)
Subparagraph 2(i) is deemed to have come into operation on 1 January 2014.
Amendment of First Schedule 2.
The Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 [Act 237], is amended in the First Schedule—
(a)
by substituting for the definition of “Member” the following definition:
‘ “Member” means a Member of the Administration as defined in
Clause (2) of Article 160 of the Federal Constitution and includes a Member of either House of Parliament, the President and Deputy
President of the Senate and the Speaker and Deputy Speaker of
11
the House of Representatives who is not a Member of that House but does not include a Political Secretary who is not a Member of
Parliament nor does it include a Member of the Administration of a State;’;
(b)
in subparagraph 2(2), by substituting for the word “half” the words
“three-fifths”;
(c)
in paragraph 5—
(i)
by substituting for subparagraph (3) the following subparagraph:
“(3)
Subject to paragraph 10, the derivative pension granted under subparagraph (2) shall be payable from the date immediately after the date of death of the
Member.”; and
(ii)
by substituting for the words “5, 6 or 7” in subparagraph (4)
the words “5 or 6”;
(d)
by substituting for paragraph 6 the following paragraph:
“Derivative pension where a person dies after ceasing to be a
Member 6.
(1)
Subject to paragraph 10, from 1 January 2009, where a Member dies after he ceased to be a Member, his dependants may be granted a derivative pension of the same amount as the pension which was paid or payable to him.
(2)
Subparagraph
(1)
shall also apply to the dependants who have received the derivative pension prior to 1 January 2009.”;
12
(e)
by deleting paragraph 7;
(f)
in paragraph 8, by substituting for subparagraph (4) the following subparagraph:
“(4)
Notwithstanding subparagraph (1), if a widow or widower was married to a Member at any time within a period of twenty years from the last date the person ceased to be a Member, she or he is entitled only to a derivative pension under paragraph 6
for the remaining period of the twenty years and shall not be entitled to a derivative pension thereafter.”;
(g)
by inserting after subparagraph (4) the following subparagraph:
“(5)
Notwithstanding the remaining period of twenty years mentioned in subparagraph (4), the derivative pension shall be calculated and payable from 1 January 2012.”;
(h)
in paragraph 9 —
(i)
by renumbering the existing paragraph 9 as subparagraph 9(1); and
by inserting after subparagraph (1) as renumbered the following subparagraph:
“(2)
If the derivative pension is paid to any eligible person under subparagraph 8(1), and subsequently one or more persons who are eligible make a claim for the derivative pension, the date of the reallocation of the derivative pension is one month from the date of such claim and any payments made before the date of the reallocation shall be deemed to be valid and properly made by the Government.”;
13
(i)
by substituting for paragraph 20 the following paragraph:
“20.
(1)
Any pension granted under paragraph 2 or derivative pension granted under paragraph 5 or 6 shall be adjusted each year with an increment of two percent and shall be payable from January of each year.
(2)
Subject to subparagraph (1), where a Member is granted a pension only upon attaining the age of fifty years by reason of him becoming a Member for the first time on or after 1 July 1990 and has ceased to be a Member upon completing thirty six months of reckonable service but has not attained the age of fifty years on the date he ceases to be a Member, his pension shall be adjusted by an increment of two per cent beginning from the second year he is granted the pension.
(3)
The pension that has been adjusted under subparagraph (1) shall be payable from 1 January 2014.
(4)
A pension or derivative pension which is granted to—
(a)
a person who ceased to be a Member; or
(b)
the dependants of a deceased Member, prior to 1 January 2014, shall first be adjusted in accordance with the First Schedule to the Act until 31 December 2013 as if the First
Schedule has not been amended by this Order, before the readjustment of the pension or derivative pension is made in accordance with subparagraph (1).
14
(5)
Any pension or derivative pension which has been adjusted pursuant to subparagraph (4) shall be recalculated in accordance with subparagraph (1) and shall be payable from 1 January 2014.
(6)
The provisions of subparagraph (4) shall apply mutatis mutandis to the pension payable under subparagraph 2(b)
of the Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Pension Act 1971
[Act 22] as if it were a pension under this Schedule and paragraphs 5 and 6, as the case may be, shall apply.”; and
(j)
by deleting paragraph 22.
Saving and transitional 3.
(1)
The grant of a pension or derivative pension and the calculation of pension or derivative pension in respect of a Member who ceased to be a Member before 1 January 2009 or died before 31 December 2008 shall be based on the
First Schedule to the Act as if the First Schedule is not amended by this Order, and such pension or derivative pension and the calculation of such pension or derivative pension shall be based on the amendments made to the First Schedule by this Order only from 1 January 2009 and payable from that date.
(2)
Any payment of derivative pension to a widow or widower consequential to the amendment made under subparagraph 2(e) of this Order, if the period of twelve and a half years has expired before 1 January 2012, shall be dealt with as follows:
(a)
the period of twenty years shall be calculated from the date such person ceased to be a Member;
(b)
the widow or widower is not entitled to receive the payment of derivative pension for a period after the expiration of twelve and a half years until 31 December 2011; and
15
(c)
such payment of derivative pension shall only be made from 1 January 2012.
(3)
Notwithstanding subparagraph 3(2), if any widow or widower who has lost the eligibility to receive a pension due to the expiration of twelve and a half years before 1 January 2012 and then becomes eligible again from 1 January 2012
consequential to the amendment made under paragraph 2(e) of this Order, the reallocation of the derivative pension, if any, which should be made from that date shall only be made and payable from the date this Order is published in the Gazette.
(4)
Any payment of derivative pension made to any person prior to the date this Order is published in the Gazette is deemed valid and properly made.
(5)
Any payment of derivative pension made pursuant to the amendment of subsubparagraph 2(h)(ii) of this Order prior to the effective date of such paragraph shall be deemed to be valid and to have been made in accordance with the amendment.
(6)
Notwithstanding paragraph 20 of the First Schedule to the Act as amended by this Order—
(a)
if any Member or his dependant is eligible for the adjustment of pension or other benefits under the First Schedule to the Act before paragraph 20 becomes effective on 1 January 2014 but the adjustment has not been made before that date, such pension or other benefits shall first be adjusted in accordance with the
First Schedule to the Act until 31 December 2013 as if all the paragraphs in the First Schedule to the Act, except paragraph 20, have been in force before 1 January 2014;
(b)
the pensions and other benefits of Members and their dependants shall, from 1 January 2014, be calculated based on paragraph 20 of the First Schedule to the Act as amended by this Order and shall be payable from that date;
16
(c)
for any Member or his dependants whose pension or other benefits have been adjusted in accordance with the First Schedule to the Act immediately before 1 January 2014, the pension or other benefits shall, from 1 January 2014, be calculated based on paragraph 20 of the First Schedule to the Act as amended by this Order and shall be payable from that date;
(d)
for the recipients of a derivative pension who begin receiving their pension as of the date the pension is eligible pursuant to subparagraph 9(2) of the First Schedule to the Act as amended by this Order or as prescribed in subparagraph 20(3) or 20(4) of the
First Schedule to the Act as amended by this Order, the adjustment under paragraph 20 of the First Schedule to the Act as amended by this Order will be made as from the date they become eligible for the pension; and
(e)
for a Member who has ceased to be a Member before attaining the age of fifty years and is eligible to receive a pension when he attains the age of fifty years after this Order comes into force, the adjustment made under subparagraph 20(1) of the First Schedule to the Act will only be made on the second year he receives his pension.
Made 16 February 2015
[JPA/PEN(R) 228/26/6-2; PN(PU2)171/XXII]
By Command
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Secretary to the Cabinet