suatu derivatif yang akan atau boleh diselesaikan selain daripada dengan pertukaran amaun tunai tetap atau aset kewangan lain untuk suatu bilangan tetap instrumen ekuiti entiti itu sendiri.
Bagi maksud ini, hak, opsyen atau waran untuk memperoleh bilangan tetap instrumen ekuiti entiti itu sendiri untuk amaun tetap apa-apa mata wang adalah instrumen ekuiti jika entiti tersebut menawarkan hak, opsyen atau waran secara pro rata kepada semua pemilik sedia ada daripada kelas yang sama dengan instrumen ekuiti bukan derivatifnya sendiri. Bagi maksud ini juga, instrumen ekuiti entiti itu sendiri tidak termasuk instrumen kewangan boleh dijual yang diklasifikasikan sebagai instrumen ekuiti mengikut perenggan 16A dan 16B MFRS 132, instrumen yang mengenakan kewajipan ke atas entiti untuk menyerahkan kepada pihak lain bahagian pro rata aset bersih entiti yang hanya dalam penyelesaian dan diklasifikasikan sebagai instrumen ekuiti mengikut perenggan 16C dan 16D MFRS 132, atau instrumen yang merupakan kontrak untuk penerimaan atau penyerahan instrumen ekuiti entiti itu sendiri di masa depan. Sebagai pengecualian, instrumen yang memenuhi definisi liabiliti kewangan adalah diklasifikasikan sebagai instrumen ekuiti jika ia mempunyai semua ciri dan memenuhi syarat dalam perenggan 16A dan 16B atau perenggan 16C dan 16D MFRS 132;
P.U. (A) 400 6
“MFRS 9” ertinya Piawaian Laporan Kewangan Malaysia 9 (Instrumen Kewangan)
yang dibuat di bawah perenggan 7(1A)(a) Akta Laporan Kewangan 1997 [Akta 558];
“MFRS
132”
ertinya
Piawaian
Laporan
Kewangan
Malaysia 132
(Instrumen Kewangan: Pembentangan) yang dibuat di bawah perenggan 7(1A)(a)
Akta Laporan Kewangan 1997;
“nilai saksama” ertinya harga yang akan diterima untuk menjual aset atau dibayar untuk memindahkan liabiliti dalam urus niaga teratur antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran;
“penyahiktirafan” ertinya penyingkiran aset kewangan atau liabiliti kewangan yang diiktiraf sebelumnya daripada penyata kedudukan kewangan entiti;
“risiko kredit” ertinya risiko yang satu pihak kepada instrumen kewangan akan menyebabkan kerugian kewangan bagi pihak lain apabila gagal untuk melaksanakan obligasi;
“tahun taksiran permulaan”
berhubung dengan suatu bank atau institusi kewangan pembangunan, ertinya tahun taksiran bagi tempoh asas yang dalamnya tarikh permulaan pemakaian bank atau institusi kewangan pembangunan itu jatuh;
“tarikh permulaan pemakaian” ertinya hari pertama suatu tempoh asas yang dalamnya suatu bank atau institusi kewangan pembangunan menyediakan atau menyenggara akaun kewangannya.
Pendapatan kasar