Skip to content
P.U. (A)In force

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
4

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 193 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 193

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN

(POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG

DENGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN

TADBIR URUS) 2025

INCOME TAX

(DEDUCTION FOR EXPENDITURE IN RELATION TO

ENVIRONMENTAL PRESERVATION, SOCIAL AND

GOVERNANCE) RULES 2025

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 193 2

AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN

BERHUBUNG DENGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR,

SOSIAL DAN TADBIR URUS) 2025

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dibaca bersama-sama perenggan 33(1)(d) Akta, Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Pemeliharaan

Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025.

(2)

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024

hingga tahun taksiran 2027.

Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“dokumentasi harga pindahan semasa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) 2023

[P.U. (A) 165/2023];

“ESG” ertinya suatu set kriteria untuk menilai amalan kelestarian dan etika suatu institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana, yang merangkumi impak alam sekitar, tanggungjawab sosial dan keberkesanan tadbir urus;

P.U. (A) 193 3

“institusi kewangan” ertinya—

(a)

suatu bank berlesen, bank pelaburan berlesen, penanggung insurans berlesen atau penanggung insurans semula profesional di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

suatu bank Islam berlesen, bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen atau pengendali takaful semula profesional di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan

Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

suatu syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013; atau

(e)

suatu syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;

“penyemak semula bebas” ertinya seseorang yang dilantik untuk melaksanakan kajian semula rangka kerja pengurusan risiko cukai dan tadbir urus sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan bagi Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat;

“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539];

“perusahaan mikro” ertinya perusahaan mikro sebagaimana yang ditentukan oleh

Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995;

P.U. (A) 193 4

“Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat” ertinya suatu rangka kerja yang menyediakan teknik dan proses dalam suatu organisasi untuk mengenal pasti risiko cukai, menilai risiko cukai, menetapkan tindakan yang sesuai untuk mengurangkan kesan risiko cukai dan melaksanakan rangka kerja kawalan cukai itu.

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana dalam tempoh asas itu berhubung dengan ESG seperti yang berikut:

(a)

perbelanjaan bagi pelaporan ESG yang dilakukan oleh suatu institusi kewangan yang diselia oleh Bank Negara atau suatu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi—

(i)

pengesahan, penentusahan dan perakuan penggunaan amalan ESG, pengiraan dan pengesanan pelepasan gas rumah hijau, dan pendedahan ESG;

(ii)

langganan sistem teknologi atau perisian bagi pengumpulan data, mengesan penggunaan metrik ESG, pengurusan risiko, analisis keadaan dan pengiraan pelepasan gas rumah hijau;

(iii)

pembinaan keupayaan termasuk latihan, pendidikan dan pembangunan kemahiran bagi pekerja; dan

(iv)

khidmat pakar perunding atau pakar bidang untuk menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (i) hingga (iii);

P.U. (A) 193 5

(b)

perbelanjaan yang dilakukan oleh suatu syarikat atau syarikat Labuan bagi—

(i)

menyediakan pelaporan sebagaimana yang dikehendaki di bawah garis panduan bagi Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai

Korporat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan melantik penyemak semula bebas untuk menjalankan penilaian kajian semula pematuhan garis panduan bagi

Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat itu; atau

(ii)

menyediakan dokumentasi harga pindahan semasa; atau

(c)

fi perundingan yang dilakukan oleh suatu perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana bagi pembangunan perisian yang dibuat khas bagi pelaksanaan invois elektronik dalam suatu perniagaan dan mendapatkan perkhidmatan penyedia perkhidmatan luar tetapi tidak termasuk—

(i)

apa-apa perbelanjaan yang dibuat di peringkat perancangan atau prosedur awal bagi penyediaan perisian yang dibuat khas itu; dan

(ii)

apa-apa fi perundingan yang berhubungan dengan pengeluaran suatu invois elektronik melalui

Portal MyInvois.

(2)

Perbelanjaan di bawah subperenggan (1)(b)(i) hendaklah tertakluk kepada syarikat atau syarikat Labuan itu mendapat suatu perakuan pematuhan garis panduan bagi Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat itu.

(3)

Jumlah perbelanjaan bagi potongan di bawah subkaedah (1) tidak boleh melebihi lima puluh ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.

P.U. (A) 193 6

Ketidakpakaian

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai jika institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana itu dalam suatu tahun taksiran, berkenaan dengan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah 3(1)—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah seksyen 33 Akta;

(b)

telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau

(c)

telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta.

Dibuat 16 Jun 2025

[MOF.TAX(S)700-3/1/1221; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-400; PN(PU2)80/JLD.113]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 193 7

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE IN RELATION TO ENVIRONMENTAL

PRESERVATION, SOCIAL AND GOVERNANCE) RULES 2025

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53] read together with paragraph 33(1)(d) of the Act, the Minister makes the following rules: Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Expenditure in relation to Environmental Preservation, Social and Governance) Rules 2025.

(2)

These Rules have effect from the year of assessment 2024 to the year of assessment 2027.

Interpretation 2.

In these Rules—

“contemporaneous transfer pricing documentation” has the meaning assigned to it in the Income Tax (Transfer Pricing) Rules 2023 [P.U. (A) 165/2023];

“ESG” means a set of criteria to assess the sustainability practice and ethics of a financial institution, company, Labuan company, micro enterprise or small and medium enterprise, which encompasses environmental impact, social responsibility and governance effectiveness;

“financial institution” means—

(a)

a licensed bank, licensed investment bank, a licensed insurer or professional reinsurer under the Financial Services Act 2013 [Act 758];

P.U. (A) 193 8

(b)

a licensed Islamic bank, licensed international Islamic bank, licensed takaful operator, licensed international takaful operator or professional retakaful operator under the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759];

(c)

a prescribed institution under the Development Financial Institutions

Act 2002 [Act 618];

(d)

a financial holding company under the Financial Services Act 2013; or

(e)

a financial holding company under the Islamic Financial Services Act 2013;

“independent reviewer” means a person appointed to perform a review of tax risk management and governance framework as specified in the guidelines for the Tax Corporate Governance Framework;

"small and medium enterprise" has the meaning assigned to it in the Small and

Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 [Act 539];

“micro enterprise” means a micro enterprise as may be determined by the National Small and Medium Enterprises Development Council established under the Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995;

“Tax Corporate Governance Framework” means a framework which provides for the techniques and processes within an organization to identify tax risks, assess tax risks, set out the appropriate actions to mitigate the impact of tax risks and implement a tax control framework.

Deduction 3.

(1)

For the purpose of ascertaining the adjusted income of a financial institution, company, Labuan company, micro enterprise or small and medium enterprise resident in Malaysia from its business in Malaysia in the basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for an amount equivalent to the expenditure

P.U. (A) 193 9

incurred by the financial institution, company, Labuan company, micro enterprise or small and medium enterprise in the basis period in relation to the ESG as follows:

(a)

expenditure for the ESG reporting incurred by a financial institution supervised by the Central Bank or a company listed on Bursa Malaysia for—

(i)

validation, verification and certification the use of

ESG practices, calculation and tracking of the greenhouse gas emissions, and ESG exposure;

(ii)

subscription of technology or software systems for data collection, tracking the use of ESG metrics, risk management, scenario analysis and calculation of greenhouse gas emissions;

(iii)

capacity building including training, education and skills development for employees; and

(iv)

services of consultant expert or subject matter expert to perform activities as specified in subparagraphs (i) to (iii);

(b)

expenditure incurred by a company or Labuan company for—

(i)

preparing the reporting as required under the guidelines for the Tax Corporate Governance Framework issued by the

Director General and appointing an independent reviewer to perform review assessment of compliance with the guidelines for the Tax Corporate Governance Framework; or

(ii)

preparing the contemporaneous transfer pricing documentation; or

P.U. (A) 193 10

(c)

consultation fees incurred by a micro enterprise or small and medium enterprise for the development of customized software for the implementation of electronic invoice in a business and obtaining services of external service providers but does not include—

(i)

any expenditure incurred at the planning stage or preliminary procedures for the provision of the customised software; and

(ii)

any consultation fee relating to the issuance of an electronic invoice through MyInvois Portal.

(2)

The expenditure under subparagraph (1)(b)(i) shall be subject to the company or Labuan company obtains a certificate of compliance with the guidelines for the Tax Corporate Governance Framework.

(3)

The total amount of expenditure for deduction under subrule (1) shall not exceed fifty thousand ringgit for a year of assessment.

Non-application 4.

These Rules shall not apply if the financial institution, company, Labuan company, micro enterprise or small and medium enterprise in a year of assessment, in respect of expenditure referred to in subrule 3(1)—

(a)

has made a claim for deduction under section 33 of the Act;

(b)

has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act; or

(c)

has made a claim for deduction under any rules made under section 154 of the Act.

P.U. (A) 193 11

Made 16 June 2025

[MOF.TAX(S)700-3/1/1221; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-400; PN(PU2)80/JLD.113]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Minister of Finance II

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the

Income Tax Act 1967]

Common questions

What is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 193 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 still in force?
Yes — Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 is currently in force.
When did Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 take effect?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 have?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025?
The official text of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Pemeliharaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.