Seksyen 1
Nama
/akn/my/act/pua/2025/408
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN (SEBUT HARGA, TENDER DAN KONTRAK) 1988 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 408 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Nama
Tafsiran
Kategori bekalan, perkhidmatan dan kerja
Belian sambilan
Sebut harga
Jawatankuasa Sebut Harga
Tender
Jawatankuasa Pembuka Tender
Jawatankuasa Tender
Pihak Berkuasa Penerima
Penandatangan
Arahan Perbendaharaan atau Pekeliling Perbendaharaan
Penyertaan dalam kontrak pusat Kerajaan
Penjualan harta Lembaga
Pembatalan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
P.U. (A) 408 4
(Dibuat di bawah subseksyen 29(1))
(Disemak—2025)
[15 Julai 1988]
Nama 1.
Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Lembaga
Pelabuhan Kuantan (Sebut Harga, Tender dan Kontrak) 1988.
Tafsiran 2.
Dalam Undang-Undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Pelabuhan Kuantan yang diketuai oleh Pengerusi
Lembaga itu tetapi tidak termasuk pengurusan Lembaga.
Kategori bekalan, perkhidmatan dan kerja 3.
Semua bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi Lembaga hendaklah dikategorikan seperti yang berikut:
(a)
belian sambilan;
(b)
sebut harga; dan
(c)
tender.
P.U. (A) 408 5
Belian sambilan 4.
(1)
Suatu belian sambilan boleh dibuat oleh ketua bahagian bagi suatu amaun tidak melebihi sepuluh ribu ringgit berkenaan dengan apa-apa butiran atau kelas butiran yang berkenaan.
(2)
Suatu pesanan boleh dibuat secara terus kepada mana-mana kedai, firma atau syarikat pilihan yang diketahui berurus niaga secara konsisten pada harga yang lebih baik tanpa perlu memanggil suatu sebut harga.
Sebut harga 5.
(1)
Semua bekalan, perkhidmatan dan kerja antara sepuluh ribu ringgit hingga lima puluh ribu ringgit hendaklah dibuat dengan memanggil sebut harga tidak kurang daripada lima pembekal yang diketahui.
(2)
Sekiranya lima pembekal yang diketahui tidak boleh didapatkan, bilangan itu boleh, dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengurus Besar, dikurangkan kepada tidak kurang daripada tiga pembekal yang diketahui.
(3)
Semua sebut harga hendaklah─
(a)
dalam sampul surat termeterai dengan perkataan “SEBUT HARGA”
ditandakan dengan jelas pada sampul surat itu;
(b)
dialamatkan dan dikemukakan kepada pengerusi Jawatankuasa
Sebut Harga; dan
(c)
diletakkan, apabila diterima, di dalam kotak sebut harga.
Jawatankuasa Sebut Harga 6.
(1)
Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
ketua Bahagian Pentadbiran sebagai pengerusi;
P.U. (A) 408 6
(b)
ketua Bahagian Pengguna sebagai anggota; dan
(c)
ketua Bahagian Akaun sebagai anggota merangkap setiausaha.
(2)
Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah─
(a)
menerima, membuka dan menganalisis semua sebut harga;
(b)
membuat syor bertulis kepada Pihak Berkuasa Penerima; dan
(c)
mengemukakan semua sebut harga yang diterima kepada
Pihak Berkuasa Penerima.
Tender 7.
(1)
Semua bekalan, perkhidmatan dan kerja yang melebihi lima puluh ribu ringgit hendaklah dibuat dengan cara tender.
(2)
Panggilan tender menurut perenggan (1) hendaklah diiklankan sekurang-kurangnya dalam dua surat khabar tempatan, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(3)
Semua tender hendaklah─
(a)
dalam sampul surat termeterai dengan perkataan “TENDER”
ditandakan dengan jelas pada sampul surat itu;
(b)
dialamatkan dan dikemukakan kepada pengerusi Jawatankuasa
Tender; dan
(c)
diletakkan, apabila diterima, di dalam kotak tender.
P.U. (A) 408 7
Jawatankuasa Pembuka Tender 8.
(1)
Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri daripada seorang pegawai Bahagian Pentadbiran sebagai pengerusi dan seorang pegawai Bahagian Akaun sebagai anggota.
(2)
Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah membuka, merekodkan dan menentukan taraf tender dan mengemukakan tender itu kepada Jawatankuasa Tender yang berkenaan.
Jawatankuasa Tender 9.
(1)
Jawatankuasa Tender bagi kategori tender yang berlainan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
bagi tender yang melebihi lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit:
(i)
ketua Bahagian Pentadbiran sebagai pengerusi;
(ii)
ketua Bahagian Pengguna sebagai anggota; dan
(iii)
ketua Bahagian Akaun sebagai anggota merangkap setiausaha;
(b)
bagi tender yang melebihi satu ratus ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit:
(i)
Pengurus Besar sebagai pengerusi;
(ii)
seorang wakil Kementerian Kewangan (Bahagian Kontrak dan
Bekalan) sebagai anggota;
(iii)
seorang wakil Kementerian Pengangkutan (Bahagian Kewangan)
sebagai anggota;
P.U. (A) 408 8
(iv)
Timbalan Pengurus Besar sebagai anggota; dan
(v)
ketua Bahagian Akaun sebagai setiausaha; dan
(c)
bagi tender yang melebihi lima ratus ribu ringgit:
(i)
Pengerusi Lembaga Pengarah sebagai pengerusi;
(ii)
seorang wakil Kementerian Kewangan (Bahagian Kontrak dan
Bekalan) sebagai anggota;
(iii)
seorang wakil
Kementerian
Pengangkutan
(Bahagian
Kewangan) sebagai anggota;
(iv)
Pengurus Besar sebagai anggota;
(v)
seorang anggota Lembaga Pengarah, yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, sebagai anggota; dan
(vi)
ketua Bahagian Akaun sebagai setiausaha.
(2)
Jawatankuasa Tender hendaklah—
(a)
menganalisis semua tender yang diterima;
(b)
membuat syor bertulis kepada Pihak Berkuasa Penerima; dan
(c)
mengemukakan semua tender yang diterima kepada Pihak
Berkuasa Penerima.
P.U. (A) 408 9
Pihak Berkuasa Penerima 10.
(1)
Pihak Berkuasa Penerima bagi sebut harga dan tender yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual tersebut.
(2)
Pihak Berkuasa Penerima yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak bagi pihak Lembaga apa-apa sebut harga atau tender daripada kelas yang dinyatakan dalam ruang pertama
Jadual Pertama.
Penandatangan 11.
(1)
Anggota dan pegawai Lembaga yang dinyatakan dalam ruang kedua
Jadual Kedua hendaklah diberi kuasa untuk menandatangani, bagi pihak Lembaga, perjanjian, kontrak dan pajakan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual tersebut.
(2)
Tertakluk pada mana-mana peruntukan berkanun yang berkuat kuasa, semua perjanjian dan kontrak yang nilainya melebihi satu ratus ribu ringgit dan semua pajakan hendaklah disempurnakan di bawah meterai Lembaga.
Arahan Perbendaharaan atau Pekeliling Perbendaharaan
12. Jika difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga, Lembaga boleh menerima pakai apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan.
Penyertaan dalam kontrak pusat Kerajaan 13.
Walau apa pun peruntukan Undang-Undang Kecil ini, Lembaga boleh menyertai kontrak pusat Kerajaan jika ia difikirkan bermanfaat kepada Lembaga.
Penjualan harta Lembaga 14.
Semua penjualan harta Lembaga hendaklah dibuat dengan cara tender.
Pembatalan 15.
Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kuantan (Tender dan Kontrak) 1981
[P.U. (A) 140/1981] dibatalkan.
P.U. (A) 408 10
JADUAL PERTAMA
(Undang-undang kecil 10)
PIHAK BERKUASA PENERIMA
Sebut Harga dan Tender
(1)
Pihak Berkuasa
Penerima
(2)
1.
Sebut harga
Pengurus Besar
2.
Tender melebihi RM50,000.00 tetapi tidak melebihi RM100,000.00
Jika Jawatankuasa Tender membuat keputusan secara sebulat suara,
Jawatankuasa Tender, atau jika
Jawatankuasa
Tender membuat keputusan tidak secara sebulat suara, Kementerian Kewangan
3.
Tender melebihi RM100,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00
Jika Jawatankuasa Tender membuat keputusan secara sebulat suara,
Jawatankuasa Tender, atau jika
Jawatankuasa
Tender membuat keputusan tidak secara sebulat suara, Kementerian Kewangan
4.
Tender bagi bekalan dan perkhidmatan yang melebihi
RM500,000.00
tetapi tidak melebihi RM5,000,000.00;
Tender bagi kerja yang melebihi
RM500,000.00
tetapi tidak melebihi RM10,000,000.00
Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah 5.
Tender bagi bekalan dan perkhidmatan yang melebihi
RM5,000,000.00
Tender bagi kerja yang melebihi
RM10,000,000.00
Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan
P.U. (A) 408 11
JADUAL KEDUA
(Undang-undang kecil 11)
PENANDATANGAN
Jenis Kontrak, Perjanjian dan Pajakan
(1)
Penandatangan
(2)
1.
Kontrak bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja—
hingga RM50,000.00
melebihi RM50,000.00 tetapi tidak melebihi RM100,000.00
melebihi RM100,000.00
Ketua
Bahagian
Akaun atau wakilnya dan ketua
Bahagian
Pentadbiran atau wakilnya
Pengurus Besar dan ketua Bahagian
Akaun atau wakilnya
Pengerusi, Pengurus Besar dan seorang daripada anggota Lembaga
Pengarah
2.
Penyewaan
Pengurus Besar
3.
Pajakan
Pengerusi dan Pengurus Besar
4.
Perjanjian dan kontrak dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga
Pengurus Besar
5.
Perjanjian dan kontrak lain yang tidak disebut secara khusus di atas
Pengurus Besar
P.U. (A) 408 12
(Dibuat di bawah subseksyen 29(1))
(Disemak—2025)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Nama
Berkuat kuasa dari-TIADA-SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Tajuk