Skip to content

Seksyen 5

Akses kepada sumber biologi

of Akta Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017

ActIn forceProvision 5 of 9
Seksyen 5
(1)

Seseorang dikatakan mempunyai akses kepada sumber biologi sekiranya—

(a)

pengambilan sumber biologi daripada habitat semula jadinya atau tempat yang sumber itu disimpan, tumbuh atau ditemui termasuk dalam pasaran bagi maksud penyelidikan dan pembangunan; atau

(b)

terdapat prospek munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Kompeten bahawa sumber biologi yang diambil oleh orang itu akan tertakluk kepada penyelidikan dan pembangunan.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 795

(2)

Akses kepada sumber biologi tidaklah termasuk aktiviti yang berikut:

(a)

menangkap ikan bagi perdagangan, rekreasi atau permainan;

(b)

mengambil haiwan atau tumbuhan untuk makanan;

(c)

mengambil sumber biologi yang telah ditanam atau dijaga bagi apa-apa maksud selain maksud penyelidikan dan pembangunan;

(d)

mengambil hasil semula jadi termasuk minyak dan madu bagi apa-apa maksud selain maksud penyelidikan dan pembangunan;

(e)

mengumpul bahan penghasilan semula tumbuhan untuk pembiakan;

(f)

menjalankan perhutanan komersial;

(g)

berhubung dengan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, bagi penggunaan dan pertukaran sumber biologi itu sesama mereka dalam melaksanakan amalan tradisi dan adat mereka;

(h)

pengambilan sumber biologi oleh mana-mana orang yang merupakan—

(i)

organisma diubah suai yang hidup sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] yang hak harta intelek telah diberikan dan masih wujud; atau

(ii)

varieti tumbuhan yang suatu hak pembiak baka telah diberikan dan masih wujud di bawah

Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004

[Akta 634]; dan

(i)

akses kepada sumber biologi yang dikecualikan di bawah seksyen 60.

Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 15