Seksyen 6
Hak petani kecil
of Akta Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017
ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 6
(1)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan untuk mengehadkan hak seseorang petani kecil—
(a)
untuk menyimpan, mengguna, menukar dan menjual biji benih dari ladang sendiri atau bahan pembiakan; dan
(b)
menjalankan pembiakbakaan konvensional atau amalan tradisi dalam penggunaan dalam bidang pertanian, hortikultur, perladangan poltri, penternakan tenusu, penternakan haiwan atau penyimpanan lebah.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “petani kecil” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perlindungan Varieti Baru
Tumbuhan 2004.