Skip to content
ActIn force

Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1947
Sections
6
Languages
EN · MS

Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 is Malaysia Act, cited as Act 191 1947, currently marked in force and first recorded in 1947.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 191

AKTA MELARIKAN ORANG DAN

MENGUGUT SAKSI SECARA

JENAYAH 1947

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Abduction and Criminal

Intimidation of Witnesses Act 1947. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2006

Undang-Undang Malaysia 2

Pertama kali diperbuat

…

…

…

1947 (Ordinan No. 26

tahun 1947

Disemak

…

…

…

…

…

…

1977 (Akta 191 m.b.p.

1 Oktober 1977)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

Akta Melarikan Orang Dan Mengugut

Saksi Secara Jenayah 1947 3

Akta 191

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan hukuman lebih berat bagi kesalahan melarikan orang dan mengugut secara jenayah dalam hal keadaan tertentu. [10 Jun 1947] Tajuk ringkas dan pemakaian
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Melarikan Orang dan

Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika hal perkara atau konteksnya menghendaki makna yang lain—

“melarikan orang,” “subahat,” “percubaan,” “mengugut secara jenayah,” “pemerasan,” “memberikan keterangan palsu,” dan

“mereka-reka keterangan palsu” dengan variasi kenahuannya dan ungkapan seasalnya mempunyai erti yang sama seperti dalam

Kanun Keseksaan [Akta 574];

“prosiding jenayah”, termasuklah apa-apa perbicaraan atau siasatan jenayah di hadapan Mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa jenayah, dan inkues atau siasatan mengenai kematian, dan penyiasatan polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

(2)

Bagi maksud Akta ini, perjalanan keadilan terhalang jika mana-mana orang yang dikehendaki daripadanya apa-apa keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat dalam atau bagi maksud

Undang-Undang Malaysia 6

apa-apa prosiding jenayah, tidak lagi boleh didapati untuk memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu, atau tidak memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu, atau memberikan atau mereka-reka keterangan palsu.

Melarikan orang dengan niat hendak melakukan pemerasan

Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang—

(a)

dengan niat supaya orang itu ditahan untuk tebusan atau supaya pemerasan dilakukan daripada orang itu atau mana-mana orang lain; atau

(b)

dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan orang itu akan ditahan untuk tebusan atau pemerasan akan dilakukan daripada orang itu atau mana-mana orang lain, hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan boleh juga didenda.

Melarikan orang untuk menghalang perjalanan keadilan

Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang supaya dengan itu perjalanan keadilan terhalang hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Mengugut orang secara jenayah untuk menghalang perjalanan keadilan

Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mengugut secara jenayah—

(a)

dengan niat untuk menghalang perjalanan keadilan; atau

(b)

supaya dengan itu perjalanan keadilan terhalang, hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Subahat dan percubaan

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, sesiapa sahaja yang bersubahat untuk atau cuba melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Akta Melarikan Orang Dan Mengugut

Saksi Secara Jenayah 1947 7

Akta 191

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 191

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947?
Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 is Malaysia Act, cited as Act 191 1947, currently marked in force and first recorded in 1947.
Is Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 still in force?
Yes — Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 is currently in force.
When did Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 take effect?
Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 was first recorded in 1947.
How many sections does Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 have?
Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 contains 6 sections.
Where can I read the official version of Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947?
The official text of Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Melarikan Orang dan Mengugut… (No. 191) | mylaw.my