Skip to content
ActIn force

Akta Pertahanan Awam 1951

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1951
Sections
9
Languages
EN · MS

Akta Pertahanan Awam 1951 is Malaysia Act, cited as Act 221 1951, currently marked in force and first recorded in 1951.

Front matterCover and publication detailsOpen

Warta Kerajaan

SERI PADUKA BAGINDA

DITERBITKAN DENGAN KUASA

HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE

Jil. 27

No. 5

3hb Mac 1983

TAMBAHAN No.11 AKTA

No.

Naskah bahasa kebangsaan bagi undang-undang semakan yang berikut adalah dengan ini diterbitkan untuk makluman umum:

The national language text of the following revised law is hereby published for general information:

Tajuk ringkas

Akta 221 ... Akta Pertahanan Awam 1951.

Akta 221

Disemak hingga ... 1hb Disember 1978

Tarikh ditetapkan untuk mula berkuatkuasa ... 15hb Jun 1979

Tarikh disiarkan dalam Warta 24hb Mei 1979

Dikanunkan dalam tahun 1951 sebagai Ordinan P.T.M. No. 38 Tahun 1951.

Akta 221

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pertahanan awam Malaysia. [Malaysia Barat—24hb Mac 1952; Sabah-30hb Oktober 1964; P.U. 201/65. Sarawak----10hb November 1964.]

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya meng-Tafsiran. hendaki makna yang lain—

"angkatan pertahanan awam" dan "perkhidmatan pertahanan awam" masing-masing ertinya angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk memenuhi kehendak pertahanan awam;

"pertahanan awam" meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan atau bagi menahan apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan atau sebahagian daripada akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.

(1)

Apabila didapatinya perlu atau bermanfaat untuk berbuat demikian Menteri boleh membuat apaapa kaedah yang didapatinya perlu atau bermanfaat bagi pertahanan awam Malaysia.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan atau bidang kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) kaedah-kaedah tersebut boleh membuat peruntukan bagi—

(a)

mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam;

(b)

mengelola, melengkapi dan melatih bagi maksud pertahanan awam pasukan polis, pasukan bomba dan pekerja-pekerja badan-badan berkanun dan badan-badan lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang diambil kerja terutamanya bagi maksud lain daripada maksud pertahanan awam;

(c)

mengajar orang ramai tentang pertahanan awam dan melengkapkan mereka bagi maksud pertahanan awam;

(d)

membekal, menyimpan dan menyenggara komoditi-komoditi dan benda-benda yang dikehendaki bagi pertahanan awam;

(e)

menyedia, membina, menyenggara dan mengubah premis, struktur dan penggalian bagi maksud-maksud pertahanan awam;

(f)

merekuisisi, membeli dan menyewa tanah, bangunan-bangunan, bahan-bahan harta dan barang-barang yang dikehendaki bagi maksud-maksud pertahanan awam;

(g)

mentaksir dan membayar saraan atau pampasan berkenaan dengan semua perkara yang dilakukan meliputi kerja yang dibuat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi dan kerosakan dan kecederaan yang ditanggung akibat daripada kuasa-kuasa yang diberi oleh atau di bawah Akta ini;

(h)

membayar pampasan berkenaan dengan apa-apa kecederaan fizikal yang dilakukan oleh seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam yang berbangkit dari dan dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai anggota tersebut;

(i)

penubuhan badan-badan dan pelantikan pegawai-pegawai di Negeri-Negeri bagi maksud-maksud Akta ini dan perwakilan kepada badan dan pegawai tersebut semua atau mana-mana daripada kuasa yang diberi oleh atau di bawah Akta ini; dan

PERTAHANAN AWAM

(j)

mengenakan penalti bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana kaedah dengan syarat bahawa tiada apa-apa penalti boleh melebihi penjara selama tempoh tiga tahun dan denda sebanyak lima ribu ringgit.

(3)

Tiap-tiap kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat secepat mana yang boleh.

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pengarah Pertahanan Awam dan Penolong-Penolong Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang difikirkannya perlu bagi maksud-maksud Akta ini.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam boleh membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang memperuntukkan secara am tentang butir-butir yang berkaitan dengan pengelolaan dan kakitangan angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam dan tentang tugas, kelengkapan dan latihan dan pengajaran orang-orang yang kepada mereka kaedah-kaedah itu dipakai.

Anggota-anggota angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan.

(1)

Yang di-Pertuan Agong melalui perisytiharan boleh memanggil untuk berkhidmat seluruh atau mana-mana bahagian angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam.

(2)

Seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam yang dipanggil di bawah subseksyen (1) hendaklah melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat sebagaimana ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam melalui pemberitahuan dalam Warta atau selainnya.

(1)

Ketua Pengarah Pertahanan Awam dengan persetujuan Menteri boleh mengarahkan angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam atau mana-mana bahagian daripadanya untuk diguna khidmat bagi melakukan apa-apa kerja bantuan atau memberi perlindungan kepada, atau mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta penduduk awam sekiranya berlaku apa-apa bencana atau bencana yang akan menimpa atau bagi melaksanakan atau memudahkan pemulihan mereka selepas bencana itu.

(2)

Anggota-anggota angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam yang diguna khidmat menurut subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai menunaikan tugas pertahanan awam.

Kaedah 28 Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970 adalah dengan ini dimansuhkan.

Akta 221

Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa yang meminda dari

P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan (Pengubahsuaian UndangUndang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 13-11-1958

P.U. (B) 324/ Nama jawatan—Pemberitahuan 1-1-1971 1970

Akta A188 ... Akta Pertahanan Awam (Pin- 30-3-1973 daan) 1973

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No. Tajuk

38 Tahun 1951 ... Ordinan Pertahanan Awam 1951.

DINGAN PERINTAH PADA JUH MAC 1983

Harga: 50 sen

Common questions

What is Akta Pertahanan Awam 1951?
Akta Pertahanan Awam 1951 is Malaysia Act, cited as Act 221 1951, currently marked in force and first recorded in 1951.
Is Akta Pertahanan Awam 1951 still in force?
Yes — Akta Pertahanan Awam 1951 is currently in force.
When did Akta Pertahanan Awam 1951 take effect?
Akta Pertahanan Awam 1951 was first recorded in 1951.
How many sections does Akta Pertahanan Awam 1951 have?
Akta Pertahanan Awam 1951 contains 9 sections.
Where can I read the official version of Akta Pertahanan Awam 1951?
The official text of Akta Pertahanan Awam 1951 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.