Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Gereja Methodist di Malaysia 1955.
Pemerbadanan dan kuasa Setiausaha Pemegang Amanah Gereja
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Gereja Methodist DI Malaysia 1955 is Malaysia Act, cited as Act 457 1955, currently marked in force and first recorded in 1955.
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 457
AKTA GEREJA METHODIST
DI MALAYSIA 1955
Sebagaimana pada 1 Januari 2006
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Methodist Church Act 1955
[Act 457]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat …
…
…
1955 (Ord. No. 43 tahun 1955)
Disemak … … …
…
…
1991
(Akta 457
m.b.p.
13 April 1991)
3
Akta 457
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Gereja Methodist di Malaysia 1955.
Pemerbadanan dan kuasa Setiausaha Pemegang Amanah Gereja
Methodist di Malaysia
(1)
Setiausaha
Pemegang
Amanah
Gereja
Methodist di Malaysia hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan dalam Akta ini disebut sebagai “perbadanan”.
Perbadanan dengan ini diberi kuasa untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan tak alih, dan untuk menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 457aysi a
Penyempurnaan dokumen, dsb.
(1)
Tiada surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai perbadanan boleh disifatkan dimeteraikan dengan sewajarnya melainkan jika meterai itu telah dicapkan di hadapan orang yang pada masa itu memegang jawatan
Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan melainkan jika surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu ditandatangani oleh orang tersebut atau wakilnya.
Penandatanganan sedemikian hendaklah diambil sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu.
Pelantikan
Suatu pemberitahuan dalam
Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang, atau bertindak dalam, jawatan
Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sewajarnya.
Peletakhakan harta
Semua harta alih dan tak alih yang terletak di Malaysia yang hingga kini dipegang, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahmilikkan, dipindahkan kepada atau selainnya terletak hak pada The Secretary of the Methodist Episcopal Building and Location Board adalah dengan ini terletak hak pada perbadanan itu bagi estet dan kepentingan masing-masing yang baginya harta itu kini dipegang.
(Ditinggalkan).
Gereje Methodist di Malaysia 7
Kecualian Pemerintah dan hak lain
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi Negeri-Negeri atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam
Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawahnya.
Pemansuhan
Methodist Episcopal Location Board Ordinance of the Straits
Settlements [S.S. Cap. 249], Methodist Episcopal Location Board
Incorporation
Enactment of the
Federated
Malay
States
[F.M.S. Cap. 103], dan Methodist Episcopal Location Board
Incorporation Enactment of the State of Johore [Johore En. No. 145]
adalah dengan ini dimansuhkan.
8
Akta 457
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 332/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan dan Proklamasi) 1958
13-11-1958
9
Akta 457
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
̶ TIADA ̶
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.