Skip to content
ActIn force

Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1957
Sections
9
Languages
EN · MS

Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 349 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Front matterCover and publication detailsOpen

(Disemak—1988)

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi Federal Lands Commissioner Act 1957 sebagaimana disemak dalam tahun 1988. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah seksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) ia bukannya perundangan.

Disemak sehingga .. .. 1hb Oktober 1988

Tarikh versi semakan ini disiarkan dalam Warta .. .. 27hb Oktober 1988

Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuatkuasanya versi semakan ini menurut sek-syen 6 (1) (xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1) .. .. ..

Akta 349

(Disemak—1988)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan penubuhan dan pemerbadanan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [Malaysia Barat—27hb Ogos 1957; Malaysia Timur—27hb Oktober 1967.]

Dalam Akta ini—

“harta” meliputi semua estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada menurut ekuiti atau undangundang, pada, kepada atau daripada harta, dan benda dalam tindakan.

(1)

Yang di-Pertuan Agong, dari semasa ke semasa, boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

(2)

Pegawai yang pada masa itu dilantik menjadi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan pengganti-penggantinya dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan di bawah nama "Pesuruhjaya Tanah Persekutuan" (kemudian daripada ini disebut "Perbadanan").

6

(3)

Perbadanan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya yang tersebut dan adalah kekal turuntemurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi teraan "Pesuruhjaya Tanah Persekutuan" bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan.

Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilik atau dengan cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletakhak pada Perbadanan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(1)

Segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan di hadapan—

(b)

mana-mana pegawai yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud-maksud subseksyen ini melalui pemberitahuan dalam Warta, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara lain itu yang padanya dicapkan meterai perbadanan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sempurnanya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Perbadanan yang sah.

PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN

Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai perlantikan mana-mana orang menjadi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sempurnanya.

(1)

Semua harta tak alih yang, sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa, telah terletakhak pada Ketua Setiausaha bagi maksud-maksud Kerajaan Persekutuan atau bagi maksud-maksud Kerajaan manamana Negeri atau Negeri Selat atau bagi maksud-maksud Keretapi Tanah Melayu termasuk harta yang terletakhak pada Ketua Setiausaha, Persekutuan Tanah Melayu, di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 7 Ordinan Ketua Setiausaha (Pemerbadanan), 1949, hendaklah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa dan tanpa apa-apa pemindahan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, terletakhak pada Perbadanan bagi hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan pemegangan yang serupa serta bagi maksud-maksud yang serupa sepertimana hakmilik, estet atau kepentingan itu telah diletakhak atau dipegang sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa.

[Subseksyen (1) tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak—Lihat P.U. 495/67.]

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, meletakhak pada Perbadanan apa-apa harta, alih atau tak alih, yang pada masa itu terletakhak pada manamana pegawai atau pihak berkuasa awam dan, apabila mana-mana perintah sedemikian mula berkuatkuasa, harta yang berhubungan dengan Perintah itu hendaklah, tanpa apa-apa pemindahan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, terletakhak pada Perbadanan bagi hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan pemegangan yang serupa serta bagi maksud-maksud yang serupa sepertimana hakmilik, estet atau kepentingan itu telah diletakhak atau dipegang sebelum sahaja Perintah itu mula berkuatkuasa.

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, meletakhak pada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa awam apa-apa harta, alih atau tak alih, yang pada masa itu terletakhak pada Perbadanan dan, apabila mana-mana Perintah sedemikian mula berkuatkuasa, harta yang berhubungan dengan Perintah itu hendaklah, tanpa apa-apa pemindahan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, terletakhak pada pegawai atau pihak berkuasa itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan pemegangan yang serupa serta bagi maksud-maksud yang serupa sepertimana hakmilik, estet atau kepentingan itu telah diletakhak atau dipegang sebelum sahaja Perintah itu mula berkuatkuasa.

Semua hak, kuasa dan liabiliti yang, sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa, terletakhak pada atau dipertanggungkan ke atas Ketua Setiausaha, Persekutuan Tanah Melayu, menurut kuasa seksyen 8 Ordinan Ketua Setiausaha (Pemerbadanan), 1949 atau selainnya hendaklah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa, terletakhak pada atau dipertanggungkan atas Perbadanan.

[Seksyen 8 tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak— Lihat P.U. 495/67.]

(Ditinggalkan).

Akta 349

Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)

(Disemak—1988)

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa yang meminda dari

P.U. 332/1958 .. Ordinan Titel Jawatan 1949 14-11-1958

P.U. 477/1965 .. Perintah Kanun Tanah 24-12-1965 Negara (Pemansuhan dan Pindaan) 1965

P.U. 495/1967 .. Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Perluasan ke-Negeri-Negeri Borneo) 1967 27-10-1967

Akta A570 .. Akta Pesuruhjaya Tanah 17-12-1983 Persekutuan (Pindaan) 1983

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

P.T.M. No.44 tahun 1957

Tajuk

Ordinan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, 1957

Common questions

What is Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957?
Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 349 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 still in force?
Yes — Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 is currently in force.
When did Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 take effect?
Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 have?
Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 contains 9 sections.
Where can I read the official version of Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957?
The official text of Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.