Skip to content
ActIn force

Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1964
Sections
4
Languages
EN · MS

Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 is Malaysia Act, cited as Act 396 1964, currently marked in force and first recorded in 1964.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 396

AKTA PENYERAHHAKAN DUTI

EKSPORT (BIJIH MINERAL)

1964

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Assignmnet of Export Duty

(Mineral Ores) Act 1964 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1967/67 [Akta 32], teks ini bukannya perundangan.

2

Pertama kali dibuat … … … … … … 1964 (No. Akta 27

tahun 1964)

Semakan

… … … … … … 1989 (Akta 396 m.b.p

16 November 1989)

3

Akta 396

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan pemakaian

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Duti

Eksport (Bijih Mineral) 1964.

(2)

Seksyen 2 dan 3 tidak terpakai bagi Negeri Sabah dan

Sarawak.

Penyerahhakan duti eksport atas bijih mineral

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual sebahagian daripada duti eksport atas bijih mineral (selain bijih besi dan timah) yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual itu, yang dikeluarkan di Negeri itu; dan bahagian duti eksport yang kena dibayar sedemikian hendaklah seperti yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut.

6 Undang-Undang Malaysia Akta 396

(2)

Tiada royalti atau caj yang seumpamanya (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana enakmen

Negeri, atau sama ada pajakan atau surat cara itu telah dibuat atau enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas pembayaran dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dari tarikh pembayaran dibuat di bawah subseksyen itu, dilevi oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan bijih mineral itu (selain bijih besi dan timah), kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan.

(3)

Parlimen boleh melalui ketetapan menambah kepada, mengubah, memotong daripada, atau selainnya meminda

Jadual itu.

Pembayaran hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan

Wang Disatukan

Pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.

Larangan pengenaan royalti

Berhubungan dengan levi oleh Negeri Sabah dan Sarawak bagi royalti yang berjumlah lebih daripada sepuluh peratus ad valorem (yang dikira sebagai untuk duti eksport) atas bijih mineral yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual dan atas bijih besi dan timah, persetujuan Menteri Kewangan secara bertulis hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 7

JADUAL

(1)

Kerajaan Negeri

(2)

Bijih mineral

(3)

Bahagian duti eksport yang kena dibayar

Johor

Separuh

Kedah

Bauksit

.. ..

Kelantan

Wolframit

.. ..

Melaka

Scheelit

.. ..

Negeri Sembilan

Kolumbit-Tantalit

.. ..

Pahang

Tembaga

.. ..

Perak

Ilmenit

.. ..

Perlis

Zirkon

.. ..

Pulau Pinang

Monazit

.. ..

Selangor

Mangan

.. ..

Terengganu

8

Akta 396

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

9

AKTA 396

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

Common questions

What is Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964?
Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 is Malaysia Act, cited as Act 396 1964, currently marked in force and first recorded in 1964.
Is Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 still in force?
Yes — Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 is currently in force.
When did Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 take effect?
Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 was first recorded in 1964.
How many sections does Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 have?
Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964?
The official text of Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.