Skip to content
ActIn force

Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1965
Sections
5
Languages
EN · MS

Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 416 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 416

AKTA TOL (JALAN RAYA DAN

JAMBATAN) 1965

Sebagaimana pada 1 Mac 2013

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi

Tolls (Roads and Bridges) Act 1965. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

... ... ... ... 1965 (Akta No. 11 tahun 1966)

Disemak

... ... ... ... 1989 (Akta 416 m.b.p 28 Disember 1989)

3

Akta 416

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pembayaran tol bagi penggunaan jalan raya dan jambatan tertentu. [1 Februari 1966] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tol (Jalan Raya dan

Jambatan) 1965.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Negeri Semenanjung

Malaysia sahaja.

Pengenaan tol

(1)

Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya dengan persetujuan Perbendaharaan, dari semasa ke semasa melalui perintah mengenakan tol untuk dibayar bagi kenderaan yang menggunakan mana-mana jalan raya atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana jambatan sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu.

Dalam seksyen ini, ungkapan “jalan raya” dan “jambatan”

masing-masing ertinya jalan raya persekutuan dan jambatan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 416

persekutuan.

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah menetapkan—

(a)

kenderaan atau mana-mana kelas kenderaan yang berkenaan dengannya tol kena dibayar;

Sekatan boleh didirikan

Menteri boleh menyebabkan suatu sekatan didirikan melintang jalan raya pada mana-mana tempat di mana tol akan dibayar dan sekatan itu boleh ditutup kepada mana-mana kenderaan sehingga tol yang kena dibayar berkenaan dengan kenderaan itu telah dibayar.

Penalti bagi pelanggaran mana-mana perintah

Pemandu mana-mana kenderaan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit.

Pengecualian

Menteri boleh melalui perintah mengecualikan mana-mana kenderaan daripada bayaran tol.

7

Akta 416

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 160

Akta Mata Wang

Malaysia (Ringgit) 1975 29-08-1975

Akta A996

Akta Tafsiran (Pindaan)

1997 24-07-1997

8

Akta 416

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

Akta A996 24-07-1997

4

Akta 160

29-08-1975

Common questions

What is Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965?
Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 416 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Is Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 still in force?
Yes — Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 is currently in force.
When did Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 take effect?
Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 was first recorded in 1965.
How many sections does Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 have?
Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965?
The official text of Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.