Seksyen 2
Pengenaan tol
of Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya dengan persetujuan Perbendaharaan, dari semasa ke semasa melalui perintah mengenakan tol untuk dibayar bagi kenderaan yang menggunakan mana-mana jalan raya atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana jambatan sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu.
Dalam seksyen ini, ungkapan “jalan raya” dan “jambatan”
masing-masing ertinya jalan raya persekutuan dan jambatan
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 416
persekutuan.
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah menetapkan—
(a)
kenderaan atau mana-mana kelas kenderaan yang berkenaan dengannya tol kena dibayar;
(b)
amaun tol itu;
(c)
tempat di mana tol itu akan dipungut; dan
(d)
orang yang kepadanya tol itu kena dibayar.