Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Pertahanan Negara
(Pembubaran dan Pemindahan) 1984.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Tabung Pertahanan Negara (Pembubaran dan Pemindahan) 1984 is Malaysia Act, cited as Act 305 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN
SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 305
AKTA TABUNG PERTAHANAN
NEGARA(PEMBUBARAN DAN
PEMINDAHAN) 1984
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
Tarikh Perkenan Diraja
…
…
…
27 Jun 1984
Tarikh Penyiaran dalam Warta
…
…
28 Jun 1984
3
Akta 305
AKTA TABUNG PERTAHANAN NEGARA
(PEMBUBARAN DAN PEMINDAHAN) 1984
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Pertahanan Negara
(Pembubaran dan Pemindahan) 1984.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“Tabung Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara” ertinya tabung amanah yang dinamakan sedemikian yang disenggara dan diuruskan di bawah Surat Cara Amanah yang disempurnakan pada 31
Oktober 1968 antara Lembaga Pengurusan Tabung Amanah tersebut sebagai satu pihak dengan Pemegang Amanah Raya, Malaysia sebagai pihak yang satu lagi;
“Tabung Pertahanan Negara” ertinya Tabung yang disenggara melalui Akaun Amanah Tabung Pertahanan Negara yang diwujudkan di bawah seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Pembubaran Tabung Pertahanan Negara dan pemindahan aset dan liabilitinya kepada Tabung Amanah Derma Kebajikan
Perwira Negara
Tabung Pertahanan Negara hendaklah, pada mula kuat kuasanya Akta ini, dibubarkan dan semua wang, sekuriti dan aset-aset lain yang ada dalam akaun amanah yang disenggara berkenaan dengannya di bawah seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957, atau selainnya menjadi kepunyaan atau kena dibayar kepada Tabung itu, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasanya Akta ini dipindahkan kepada Tabung
Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara dan diletakkan kepada pemegang amanah Tabung Amanah tersebut, dan pemindahan serta perletakhakan itu hendaklah terus berkuat kuasa tanpa apa-apa jua dokumen pemindahan, pemindahhakan atau perserahhakan
Wang, sekuriti dan aset lain yang dipindahkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dipegang secara amanah dan digunakan di bawah Tabung Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara mengikut terma dan bagi maksud, sebagaimana yang pada masa itu, dinyatakan dalam Surat Cara Amanah yang berkenaan dengannya.
Akta Tabung Pertahanan Negara
(Pembubaran Dan Pemindahan) 1984 7
Semua hak dan liabiliti yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini adalah hak dan liabiliti Tabung Pertahanan Negara hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada
Tabung Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara.
8
AKTA 305
AKTA TABUNG PERTAHANAN NEGARA
(PEMBUBARAN DAN PEMINDAHAN) 1984
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
− TIADA −
________________
9
AKTA 305
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
− TIADA −
________________
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.