Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kedah dan Pulau Pinang
(Pengubahan Sempadan) 1985.
Pengubahan sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri Pulau
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 is Malaysia Act, cited as Act 325 1985, currently marked in force and first recorded in 1985.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
Akta 325
AKTA KEDAH DAN PULAU
PINANG (PENGUBAHAN
SEMPADAN) 1985
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
Tarikh Perkenan Diraja
…
…
… 31 Disember 1985
Tarikh penyiaran dalam Warta
…
… 9 Januari 1986
3
Akta 325
Opening note
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kedah dan Pulau Pinang
(Pengubahan Sempadan) 1985.
Pengubahan sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri Pulau
Pinang
Bahagian sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri
Pulau Pinang yang di sepanjang Sungai Muda adalah diubah ke garis tengah di sepanjang alur Sungai Muda sebagaimana
Sungai itu mengalir sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pengubahan kepada ke sempadan tersebut yang ditunjukkan dalam Pelan yang disimpan dikenal pasti dengan rujukan kepada
PeIan Warta No. PW 1000 hingga PW 1008 sebagai Pelan—
yang masing-masing diperakui oleh Pengarah Ukur,
Kedah/Perlis, dan Pengarah Ukur, Pulau Pinang, sebagai Pelan sempadan yang diluluskan dan yang betul sebagaimana diubah sedemikian dan kawasan sekelilingnya; dan
yang bertarikh dan disimpan dalam pejabat Pengarah
Ukur, Kedah/Perlis, dan Pengarah Ukur, Pulau Pinang.
Sekiranya berlaku apa-apa perubahan dalam peraliran
Sungai Muda yang disebabkan oleh proses hakisan dan enaptimbus yang semula jadi dan secara beransur-ansur, sempadan itu hendaklah mengikut peraliran Sungai yang berubah di sepanjang garis tengah alur Sungai itu.
Sebahagian daripada Pulau Pinang yang tidak termasuk dan kemasukan bahagian itu ke dalam Kedah
Bahagian Negeri Pulau Pinang yang mengandungi—
Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 7
Sungai Muda yang bermula dari garis tengah alur
Sungai Muda hingga tebing utara Sungai itu; dan
kawasan yang berwarna hijau dalam Pelan No. PW
1003 disimpan yang disebut dalam seksyen 2;
(kemudian daripada ini dalam Akta ini disebut “kawasan tersebut”) hendaklah, berbangkit daripada pengubahan sempadan yang disebut terdahulu
(aa) terhenti menjadi sebahagian daripada Negeri Pulau
Pinang dan Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang hendaklah melepaskan dan berhenti daripada menjalankan apa-apa kedaulatan terhadap kawasan tersebut, dan semua kuasa dan bidang kuasa Pihak
Berkuasa Negeri Pulau Pinang dan Badan Perundangan
Negeri Pulau Pinang dalam dan berkenaan dengannya hendaklah berakhir; dan
(bb) menjadi sebahagian daripada dan diletak hak pada
Negeri Kedah, dan Raja Negeri Kedah hendaklah menjalankan kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa dalam dan berkenaan dengannya, dan Badan Perundangan
Negeri
Kedah hendaklah menjalankan kuasa perundangannya dalam dan berkenaan dengannya.
8
Akta 325
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
−TIADA−
9
Akta 325
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
−TIADA−
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.