Skip to content
ActIn force

Akta Pembangunan Sukan 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1997
Last amended
2018
Sections
11
Languages
MS · EN

Akta Pembangunan Sukan 1997 is Malaysia Act, cited as Act 576 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan dan pentadbiran sukan di Malaysia dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. [Semenanjung Malaysia—1 Januari 1998, P.U. (B) 9/1998; Wilayah Persekutuan Labuan—10 Julai 2003, P.U. (B) 211/2003; dan Sabah dan Sarawak—1 Oktober 2004, P.U. (B) 373/2004] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh atau tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dan bagi pemakaian Akta ini bagi bahagian yang berlainan di Malaysia.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Tafsiran

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli sukan” ertinya peserta sesuatu sukan, termasuk seorang atlet;

“aktiviti sukan”, berhubung dengan sesuatu sukan, termasuklah—

(a)

penganjuran pertandingan, seminar, klinik atau kursus untuk sesuatu sukan;

(b)

penghantaran peserta ke pertandingan atau acara sukan;

dan

(c)

apa-apa aktiviti lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu sukan;

“badan sukan” ertinya sesuatu persatuan, kelab atau pertubuhan yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada di peringkat daerah, Negeri atau kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab atau pertubuhan itu hanyalah anggota gabungan bagi persatuan, kelab atau pertubuhan yang lain;

“Jawatankuasa Pertikaian Sukan” ertinya Jawatankuasa Pertikaian

Sukan yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 36;

“Majlis Sukan Negara” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971

[Akta 29];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan;

“Negeri” termasuklah Wilayah Persekutuan Malaysia;

Pembangunan Sukan 9

“pemegang jawatan”, berhubung dengan suatu badan sukan, termasuklah—

(a)

anggota mana-mana jawatankuasa kecil atau badan lain yang ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola suatu badan sukan, atau oleh badan pengelola cawangan badan sukan itu;

(b)

mana-mana orang yang bertanggungjawab sehingga apa-apa takat bagi pengurusan apa-apa urusan, atau penjalanan apa-apa aktiviti, suatu badan sukan atau mana-mana cawangan badan sukan itu; dan

(c)

mana-mana orang yang dilantik atau dibenarkan untuk mewakili, atau untuk bertindak bagi pihak, suatu badan sukan atau mana-mana cawangan badan sukan itu, dalam apa-apa perkara, selain orang yang diambil kerja oleh badan sukan itu untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, badan sukan itu atau mana-mana cawangan badan sukan itu atas sifat profesionalnya atau melalui perkiraan kontrak;

“perakuan” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah seksyen 10 dan termasuklah seorang Pesuruhjaya Sukan Rantau,

Timbalan Pesuruhjaya Sukan atau Penolong Pesuruhjaya Sukan;

“sukan” ertinya mana-mana aktiviti yang disenaraikan dalam

Jadual

Jadual Pertama;

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan termasuklah “perbadanan” sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta itu.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

BAHAGIAN II

PEMBANGUNAN SUKAN

Garis panduan berhubung dengan pembangunan sukan

3. (1) Tertakluk pada subseksyen

(2)

,

Menteri adalah bertanggungjawab bagi mengadakan atau mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pembangunan sukan termasuk rancangan pembangunan jangka panjang bagi ahli sukan, jurulatih dan pentadbir dan pegawai sukan pada semua peringkat.

(2)

Menteri tidak boleh mengadakan atau mengeluarkan apa-apa garis panduan di bawah subseksyen (1) jika sudah ada garis panduan atau kaedah antarabangsa tentang perkara yang sama.

Persatuan, dsb., hendaklah berunding dan menyelaras dengan

Menteri

4. Semua persatuan, agensi atau badan yang terlibat dalam sukan hendaklah berunding dan menyelaras dengan Menteri berhubung dengan apa-apa perkara sukan sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri dalam peraturan-peraturan.

Kementerian Kerajaan yang lain, dsb., hendaklah berunding dengan Menteri

5. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap Kementerian

Kerajaan atau badan kerajaan yang lain di peringkat Persekutuan,

Negeri atau tempatan boleh menjalankan aktiviti sukan atau aktiviti yang berhubungan dengan pendidikan jasmani atau sukan, termasuk pembangunan kualiti kepimpinan dalam pendidikan jasmani dan sukan.

(2)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan bertulis, menghendaki sesuatu Kementerian Kerajaan atau badan kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1) supaya berunding dan menyelaras dengannya berhubung dengan aktiviti yang disebut dalam subseksyen itu.

Pembangunan Sukan 11

(3)

Dalam seksyen ini,

“Kementerian”

tidak termasuk

Kementerian Belia dan Sukan.

Badan penyelaras

6. Menurut peranannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam

Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Majlis Sukan Negara hendaklah menjadi badan penyelaras menyeluruh bagi semua badan sukan untuk menggalakkan dan membangunkan sukan di Malaysia.

Pembangunan sains sukan

7. Menteri boleh, ke arah membangunkan sukan, mengambil segala tindakan yang perlu untuk menggalakkan pembangunan sains sukan di institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan bagi maksud ini boleh memberikan segala bantuan yang difikirkannya perlu.

BAHAGIAN III

MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan

8. (1) Majlis

Olimpik

Malaysia adalah diiktiraf sebagai

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan bagi Malaysia oleh Jawatankuasa

Olimpik Antarabangsa.

(2)

Majlis Olimpik Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan Malaysia dalam Sukan Olimpik,

Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Asia Tenggara dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Jawatankuasa Olimpik

Antarabangsa, Majlis Olimpik Asia, Persekutuan Sukan Komanwel,

Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Majlis Olimpik Malaysia adalah anggota gabungannya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Pemakaian Akta bagi Majlis Olimpik Malaysia

9. Tertakluk pada Akta ini, peruntukan Akta ini yang terpakai bagi badan sukan adalah sama terpakai bagi Majlis Olimpik Malaysia dan sebutan mengenai “badan sukan” dalam peruntukan itu termasuklah sebutan mengenai Majlis Olimpik Malaysia.

BAHAGIAN IIIA

MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA DAN PERSATUAN

SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Majlis Paralimpik Malaysia

9A. (1) Majlis Paralimpik Malaysia adalah diiktiraf sebagai

Jawatankuasa

Paralimpik

Kebangsaan bagi

Malaysia oleh

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.

(2)

Majlis Paralimpik Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan Malaysia dalam Sukan Paralimpik,

Sukan Paralimpik Asia dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Paralimpik

Asia dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Majlis Paralimpik

Malaysia adalah anggota gabungannya.

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia

9B. (1) Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah diiktiraf sebagai Persekutuan Sukan Orang Pekak Kebangsaan bagi Malaysia oleh Jawatankuasa Sukan Orang Pekak Antarabangsa.

(2)

Persatuan

Sukan

Orang

Pekak

Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan Malaysia dalam Deaflympics, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Jawatankuasa Sukan Orang

Pembangunan Sukan 13

Pekak Antarabangsa, Konfederasi Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Persatuan Sukan

Orang Pekak Malaysia adalah anggota gabungannya.

BAHAGIAN IV

PENTADBIRAN AKTA

Pelantikan Pesuruhjaya, dsb.

10. Menteri boleh melantik seorang Pesuruhjaya Sukan dan sekian bilangan Pesuruhjaya Rantau, Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong

Pesuruhjaya Sukan dan pegawai dan pekhidmat lain yang Menteri fikirkan perlu bagi pentadbiran wajar Akta ini.

Kuasa Pesuruhjaya untuk mendaftarkan badan sukan

11. (1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a)

mendaftarkan atau enggan mendaftarkan—

(i)

mana-mana persatuan, kelab atau pertubuhan sebagai badan sukan;

(ii)

mana-mana badan sukan yang didaftarkan di bawah *Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];

(b)

mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut semasa pendaftaran sesuatu badan sukan; dan

(c)

membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan.

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966

[Akta 832].

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

(2)

Pesuruhjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana orang atau jawatankuasa yang dibentuk oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu dan boleh menetapkan secara bertulis apa-apa tatacara dan peraturan yang difikirkannya perlu bagi penjalanan kuasa yang diwakilkan sedemikian.

Kuasa Pesuruhjaya untuk menghendaki pendedahan maklumat

12. (1) Pesuruhjaya boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mendedahkan apa-apa maklumat kepadanya dan mengemukakan apa-apa laporan dan dokumen dalam pengetahuannya atau dalam miliknya sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud penjalanan mana-mana kuasa dan fungsi Pesuruhjaya di bawah

Akta ini dan dia boleh selanjutnya mengarahkan mana-mana orang yang difikirkannya perlu supaya hadir di hadapannya untuk membolehkannya menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah

Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mematuhi arahan

Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1);

(b)

mendedahkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu; atau

(c)

mengemukakan suatu laporan atau dokumen yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pembangunan Sukan 15

Kuasa tambahan Pesuruhjaya

13. Sebagai tambahan kepada kuasa, tugas dan fungsi yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, Pesuruhjaya hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala tugas dan melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud menguatkuasakan dan menjalankan peruntukan Akta ini.

Arahan oleh Menteri

14. (1) Menteri boleh memberi Pesuruhjaya apa-apa arahan yang tidak tak selaras dengan peruntukan Akta ini tentang penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan fungsinya berhubung dengan mana-mana badan sukan dan Pesuruhjaya hendaklah menguatkuasakan apa-apa arahan sedemikian.

(2)

Pesuruhjaya hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat berhubung dengan mana-mana badan sukan sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN V

PENDAFTARAN DAN PENYELIAAN BADAN SUKAN

Permohonan supaya didaftarkan untuk menjalankan aktiviti

15. (1) Tiap-tiap badan sukan hendaklah memohon kepada

Pesuruhjaya supaya didaftarkan di bawah Akta ini untuk menjalankan apa-apa aktiviti sukan.

(2)

Tiada badan sukan boleh menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam subseksyen 25(1) sehingga dan melainkan jika ia telah didaftarkan di bawah Akta ini.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Badan sukan yang didaftarkan di bawah *Akta Pertubuhan 1966

16. Mana-mana badan sukan yang didaftarkan di bawah

*Akta Pertubuhan 1966 hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terhenti berdaftar di bawah *Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah, dalam masa lima bulan dari tarikh itu, memohon kepada Pesuruhjaya supaya didaftarkan di bawah Akta ini untuk menjalankan apa-apa aktiviti sukan; dan mana-mana badan sukan sedemikian hendaklah terus beroperasi sebagai suatu badan sukan sehingga diberitahu selainnya oleh Pesuruhjaya.

Pendaftaran badan sukan

17.

Apabila diterima permohonan oleh suatu badan sukan yang disebut dalam seksyen 15 atau 16, Pesuruhjaya boleh—

(a)

mendaftarkan badan sukan itu apabila diterima apa-apa fi yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan; atau

(b)

enggan mendaftarkan badan sukan sedemikian.

Perakuan pendaftaran

18. (1) Pesuruhjaya, apabila mendaftarkan suatu badan sukan di bawah seksyen 17—

(a)

hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan kepada badan sukan itu; dan

(b)

boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut ke atas badan sukan itu.

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966

[Akta 832].

Pembangunan Sukan 17

(2)

Suatu perakuan pendaftaran, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan kemudiannya, hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi segala maksud bahawa badan sukan itu telah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pesuruhjaya di bawah Akta ini.

Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkan

19. (1) Pesuruhjaya boleh enggan mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada badan sukan melainkan jika—

(a)

dia berpuas hati bahawa badan sukan itu ialah organisasi bukan berbentuk politik bagi penggalakkan dan pembangunan sukan di Malaysia; atau

(b)

tertakluk pada subseksyen (2), perlembagaan atau kaedah-kaedah badan sukan itu, kecuali Majlis Olimpik

Malaysia, mengandungi peruntukan bagi segala perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang terpakai, atau apa-apa perkara lain yang semunasabahnya dikehendaki oleh

Pesuruhjaya.

(2)

Jika perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau

Jadual

Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang terpakai, tidak terkandung dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah sesuatu badan sukan yang dahulunya didaftarkan di bawah *Akta Pertubuhan 1966, perkara-perkara ini hendaklah bagi maksud perenggan (1)(b)

disifatkan telah terkandung dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah badan sukan itu; tetapi badan sukan itu hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan selepas pendaftarannya, meminda perlembagaan atau kaedah-kaedahnya supaya segala perkara yang dinyatakan dalam

Jadual

Jadual Kedua atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang terpakai, diperuntukkan.

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966

[Akta 832].

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Pembatalan atau penggantungan pendaftaran oleh Pesuruhjaya

20. (1) Pesuruhjaya hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu—

(a)

didaftarkan akibat daripada suatu fraud atau kesilapan atau salah nyataan dalam apa-apa butir-butir material; atau

(b)

tidak aktif atau bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya dalam mana-mana

Negeri atau di Malaysia.

(1A)

Pesuruhjaya boleh menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu⎯

(a)

tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Pesuruhjaya di bawah seksyen 18;

(b)

melanggar mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

tidak atau cuai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatannya atau anggotanya dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberikan oleh

Pesuruhjaya;

(d)

tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah atau menurut kuasa di bawah Akta ini; atau

(e)

tidak atau cuai untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan hal ehwal badan sukannya mengikut perlembagaannya.

(2)

Sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan itu di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah memberi badan sukan itu peluang untuk mengemukakan sebab,

Pembangunan Sukan 19

jika ada, menentang pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu.

Rayuan

21. (1) Mana-mana badan sukan yang terkilan dengan keputusan

Pesuruhjaya—

(a)

untuk enggan mendaftarkan badan sukan itu;

(b)

untuk mengenakan syarat ke atas pendaftaran badan sukan itu; atau

(c)

untuk membatalkan atau menggantung pendaftaran badan sukan itu, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan Pesuruhjaya itu, merayu kepada Menteri dan keputusan

Menteri tentang rayuan itu adalah muktamad.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1570).

Arahan untuk meneruskan fungsi badan sukan

22. Menteri boleh, sementara menunggu keputusannya tentang rayuan di bawah subseksyen 21(1), memberikan apa-apa arahan untuk membolehkan badan sukan itu meneruskan fungsinya dan boleh melantik suatu jawatankuasa ad hoc untuk menguruskan hal ehwal badan sukan itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan.

Tatacara dalaman bagi menyelesaikan pertikaian

23. Tiap-tiap badan sukan hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul dalam kalangan anggotanya atau dengan jawatankuasa atau badan pengelolanya mengikut tatacara dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Rujukan pertikaian kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan

24. Jika sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan mengikut tatacara dalaman yang disebut dalam seksyen 23, mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh merujukkan pertikaian itu kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk mendapatkan keputusan.

Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan

24A. (1) Mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan boleh, dalam masa dua puluh satu hari selepas keputusan itu disampaikan kepada anggota badan sukan atau badan sukan itu, merayu kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.

(3)

Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.

Akibat keengganan untuk mendaftarkan atau pembatalan atau penggantungan pendaftaran

25. (1) Apabila Pesuruhjaya enggan mendaftarkan mana-mana badan sukan di bawah seksyen 17 atau apabila pendaftaran mana-mana badan sukan dibatalkan atau digantung di bawah

Akta ini, maka peruntukan yang berikut adalah terpakai:

(a)

badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan, sama ada di dalam atau di luar

Malaysia;

Pembangunan Sukan 21

(b)

badan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada

Kerajaan,

Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun;

(c)

badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia;

(d)

badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan

“Malaysia” bagi mana-mana aktivitinya, atau apa-apa bentuk huruf atau tanda yang menunjukkan bahawa aktivitinya dijalankan untuk, atas nama atau bagi pihak,

Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; dan

(e)

badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, di dalam atau di luar Malaysia.

(2)

Mana-mana pemegang jawatan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit sehari bagi setiap hari yang kesalahan itu diteruskan.

(3)

Pesuruhjaya boleh, secara bertulis, menggantung kuat kuasa subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana badan sukan sehingga apa-apa takat dan selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan badan sukan

26. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu berkenaan dengan badan sukan dan khususnya dan tanpa menjejaskan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

keluasan yang terdahulu, Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan untuk menetapkan—

(a)

tatacara bagi permohonan untuk pendaftaran dan pendaftaran badan sukan dan fi yang akan dikenakan bagi pendaftaran itu;

(b)

tugas, kuasa dan fungsi badan sukan;

(c)

tatacara bagi rayuan oleh badan sukan dan fi yang akan dikenakan baginya;

(d)

tatacara bagi pelantikan jurulatih, referi, pengadil dan hakim oleh badan sukan;

(e)

segala perkara yang berkaitan dengan pembubaran badan sukan dan pembatalan pendaftaran badan sukan; dan

(f)

kehilangan kelayakan pemegang jawatan badan sukan dalam hal keadaan tertentu.

BAHAGIAN VI

JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN

Penubuhan Jawatankuasa Pertikaian Sukan

27. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Pertikaian Sukan” yang hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri di bawah seksyen 24.

(2)

Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memastikan bahawa badan sukan dan pihak-pihak lain kepada pertikaian sukan termasuklah atlet diberikan cara yang berpatutan, adil dan pantas untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian sukan.

Pembangunan Sukan 23

Pelantikan anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan

28. (1) Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

dua orang anggota yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman, kelayakan atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan sukan, atau selainnya sesuai bagi pelantikan disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran khas mereka; dan

(c)

dua orang anggota yang disifatkan patut oleh Menteri.

(2)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(3)

Anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.

(4)

Jawatan seseorang anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kosong―

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan―

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(d)

jika dia tidak menghadiri persidangan Jawatankuasa

Pertikaian Sukan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran

Menteri;

(e)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(f)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(5)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)

terhenti menjadi anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh itu.

(6)

Pengerusi atau mana-mana anggota Jawatankuasa Pertikaian

Sukan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

(7)

Pada mana-mana prosiding Jawatankuasa Pertikaian Sukan, kuorum hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga orang anggota, termasuk Pengerusi, dan jika Pengerusi tiada, mana-mana anggota yang hadir pada prosiding itu boleh dilantik sebagai Pengerusi oleh anggota lain yang hadir.

Setiausaha kepada

Jawatankuasa

Pertikaian

Sukan dan pegawai lain

29. (1) Menteri hendaklah melantik Pesuruhjaya untuk menjadi

Setiausaha kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan.

Pembangunan Sukan 25

(2)

Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkan layak oleh Menteri untuk membantu

Setiausaha.

(3)

Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan.

Kuasa Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk menghendaki pendedahan maklumat

30. (1) Jawatankuasa

Pertikaian

Sukan boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mendedahkan apa-apa maklumat kepada

Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan mengemukakan apa-apa laporan dan dokumen dalam pengetahuannya atau dalam milikannya sebagaimana yang difikirkan perlu bagi maksud penjalanan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini dan Jawatankuasa

Pertikaian Sukan boleh selanjutnya mengarahkan mana-mana orang yang Jawatankuasa Pertikaian Sukan difikirkan perlu supaya hadir di hadapannya untuk membolehkannya menjalankan tugas dan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang⎯

(a)

tidak mematuhi arahan Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah subseksyen (1);

(b)

mendedahkan apa-apa maklumat kepada Jawatankuasa

Pertikaian Sukan yang diketahuinya adalah palsu; atau

(c)

mengemukakan laporan atau dokumen kepada

Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang

31. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap anggota dan pegawai Jawatankuasa

Pertikaian Sukan berkenaan dengan apa-apa tindakan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat oleh anggota dan pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan jika tindakan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan atau ditinggalkan atau dibuat, dengan suci hati.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan

Jawatankuasa

Pertikaian Sukan

32. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu berkenaan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan yang berikut:

(a)

menetapkan tatacara yang hendaklah dipakai oleh

Jawatankuasa Pertikaian Sukan dalam menguruskan apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen 24; dan

(b)

secara amnya bagi penjalanan yang lebih baik fungsi

Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah Akta ini.

BAHAGIAN VII

PELBAGAI

Kelulusan untuk menjadi tuan rumah pertandingan antarabangsa

33. (1) Tiada seorang pun boleh membuat tawaran atau menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan atau acara sukan antarabangsa di Malaysia tanpa

Pembangunan Sukan 27

kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu dan keputusan Menteri adalah muktamad.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Penggunaan kaedah dan garis panduan antarabangsa yang diiktiraf untuk pertandingan

34. Sesuatu badan sukan hendaklah memastikan bahawa semua pertandingan dan acara sukan yang dibenarkan, dijalankan atau disertai olehnya serta pertandingan dan acara sukan yang diadakan di bawah naungannya, adalah mengikut kaedah dan garis panduan yang diiktiraf oleh semua badan pengelola dan pengawalseliaan bagi sukannya dalam semua perkara, termasuk standard dan kelayakan semua peserta dan pegawai serta langkah kesihatan dan keselamatan bagi peserta, pegawai dan penonton di pertandingan atau acara itu.

Kelulusan Menteri dikehendaki bagi “Sukan Malaysia”

35. Seseorang tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, menganjurkan atau menjalankan apa-apa pertandingan atau acara yang melibatkan apa-apa sukan dengan menggunakan nama

“Sukan Malaysia” atau mana-mana terbitan atau variasi nama sedemikian.

Syarikat hendaklah memohon untuk mendapatkan lesen untuk beroperasi

36. (1) Sesuatu syarikat tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti sukan atau dalam apa-apa aktiviti lain yang berkaitan dengan sukan, yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan, melainkan jika ia dilesenkan untuk berbuat demikian oleh Pesuruhjaya.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

(2)

Lesen yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikenakan fi dan apa-apa syarat yang difikirkan oleh Pesuruhjaya patut dikenakan.

(3)

Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian, membatalkan lesen yang dikeluarkan kepada suatu syarikat di bawah seksyen ini setelah memberi syarikat itu peluang untuk membuat representasi kepadanya.

(4)

Mana-mana syarikat yang melanggar subseksyen

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(5)

Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa lain bagi syarikat itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat itu atau yang membantu dalam pengurusannya―

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat itu; dan

(b)

jika syarikat itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan―

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Pembangunan Sukan 29

Pindaan Jadual

37. Menteri boleh, melalui perintah, menambah kepada, memotong daripada atau selainnya meminda Jadual sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menguatkuasakan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.

Peraturan-peraturan

38. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi maksud menguatkuasakan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Secara khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen

(1)

,

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

borang yang hendaklah digunakan dan syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon untuk didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini.

(b)

maklumat yang kena diberikan kepada Pesuruhjaya;

(c)

standard, spesifikasi dan kehendak teknikal bagi semua kemudahan sukan di Malaysia;

(d)

tatacara dalaman bagi penyelesaian pertikaian dalam badan sukan;

(e)

garis panduan bagi pengeluaran lesen kepada sesuatu syarikat; dan

(f)

menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah

Akta ini.

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau seksyen 26 boleh memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggarannya adalah suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

pengenaan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

39. (Dipotong oleh Akta A1570).

Perlindungan bagi orang dilantik, anggota jawatankuasa, dsb.

40. Tiada seorang pun atau tiada seorang pun anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta ini atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejennya boleh dibawa guaman terhadapnya di mana-mana mahkamah bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam penjalanan apa-apa kuasa atau pelaksanaan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini.

Kuasa am Menteri

41. (1) Menteri boleh mengecualikan mana-mana orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini apabila berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas untuk berbuat sedemikian.

(2)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Menteri adalah pihak berkuasa yang muktamad berhubung dengan sukan dan perkara yang berhubung dengan sukan.

Peruntukan peralihan

42. (1) Semua permohonan untuk pendaftaran sebagai pertubuhan yang menjalankan aktiviti yang hanya boleh dijalankan oleh suatu badan sukan dan semua permohonan untuk kelulusan oleh pertubuhan sedemikian di bawah *Akta Pertubuhan 1966 yang belum

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966

[Akta 832].

Pembangunan Sukan 31

selesai pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terhenti diuruskan di bawah Akta itu dan hendaklah diuruskan di bawah peruntukan Akta ini.

(2)

Apa-apa prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum sahaja tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini di bawah *Akta Pertubuhan 1966 boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(3)

Akta ini tidaklah menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah

*Akta Pertubuhan 1966 sebelum tarikh mula berkuatkuasanya

Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

Pencegahan anomali

43. (1) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya Akta ini:

Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966

[Akta 832].

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

*CATATAN—lihat seksyen 16 Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018

[Akta A1570] m.b.p 1 Mac 2019 yang memberikan peruntukan seperti yang berikut:

Peruntukan kecualian dan peralihan

16. (1) Apa-apa pendaftaran sesuatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu badan sukan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai dibatalkan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan hendaklah terhenti diuruskan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa tindakan yang dimulakan atau belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa obligasi atau liabiliti yang terakru atau dikenakan di bawah

Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Jadual

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2]

Aktiviti yang berikut adalah dikira sebagai sukan bagi maksud Akta ini:

1.

Aikido 2.

Akuatik 3.

American Football 4.

Angkat berat 5.

Badminton 6.

Baling damak 7.

Basque pelota 8.

Belayar 9.

Berbasikal 10.

Berkanu 11.

Berski 12.

Besbol 13.

Biatlon 14.

Biliard

Pembangunan Sukan 33

15.

Bina badan 16.

Boccia 17.

Bola baling 18.

Bola jaring 19.

Bola keranjang 20.

Bola sepak 21.

Bola tampar 22.

Boling 23.

Boling padang 24.

Boules 25.

Cakera terbang 26.

Capoeira 27.

Catur 28.

Dam 29.

Daun terup 30.

Dodgeball 31.

Fistball 32.

Gasing 33.

Gimnastik 34.

Goalball 35.

Golf 36.

Gusti 37.

Gusti lengan 38.

Hapkido 39.

Hoki 40.

Ice stock sport 41.

Judo 42.

Jujitsu 43.

Kabadi 44.

Karate 45.

Kecergasan 46.

Kempo

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 576 47.

Kendo 48.

Korfball 49.

Kriket 50.

Kurling 51.

Lacrosse 52.

Larian menara 53.

Lawan pedang 54.

Lompat tali 55.

Luncur 56.

Meluncur 57.

Memanah 58.

Mendaki 59.

Mendayung 60.

Menembak 61.

Olahraga 62.

Orienteering 63.

Paintball 64.

Pasukan sorak 65.

Pentatlon moden 66.

Perahu naga 67.

Pickleball 68.

Pingpong 69.

Polo 70.

Ragbi 71.

Rekreasi 72.

Roundnet 73.

Sambo 74.

Sepak takraw 75.

Silambam 76.

Silat olahraga 77.

Skuasy 78.

Sofbol

Pembangunan Sukan 35

79.

Stacking sports 80.

Sukan bermotor 81.

Sukan bot laju 82.

Sukan dalam air 83.

Sukan ekuestrian 84.

Sukan elektronik 85.

Sukan gelongsor 86.

Sukan memancing 87.

Sukan tarian 88.

Sukan tradisional 89.

Sukan udara 90.

Sukan yoga 91.

Tae kwan do 92.

Tarian naga dan singa 93.

Tarik tali 94.

Tchoukball 95.

Tenis 96.

Teqball 97.

Throwball 98.

Tinju 99.

Torball 100.

Triatlon 101.

Vovinam 102.

Woodball 103.

Wusyu

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 576

Jadual

JADUAL KEDUA

[Seksyen 19]

PERLEMBAGAAN ATAU KAEDAH-KAEDAH BADAN SUKAN YANG

BERTINDAK SEBAGAI BADAN PENGELOLA ATAU BADAN

PERWAKILAN BAGI SUKANNYA DI PERINGKAT KEBANGSAAN,

NEGERI DAN DAERAH

Badan sukan hendaklah mengadakan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedahnya perkara-perkara yang berikut:

1. Matlamat atau fungsi badan sukan adalah—

(a)

untuk mengelola atau menjadi perwakilan bagi sukan itu;

(b)

untuk menggalakkan dan membangunkan sukannya;

(c)

untuk mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelolanya;

(d)

untuk memastikan perlembagaan atau kaedah-kaedahnya dipatuhi oleh semua anggotanya;

(e)

untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktiviti berhubung dengan sukannya;

(f)

untuk memastikan aktiviti sukannya dikendalikan dalam persekitaran sukan yang selamat, dan berintegriti termasuk untuk mematuhi kaedah-kaedah antidoping yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; dan

(g)

untuk mengambil langkah remedi bagi perkara-perkara yang melibatkan keselamatan diri dan persekitaran termasuk gangguan seksual dan penderaan.

2. Aktivitinya dikendalikan tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.

3. Tatacara pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili sukannya adalah terbuka dan adil.

4. Keanggotaan badan sukan direkodkan dan disimpan dengan teratur.

5. Akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, dan penggunaan dan perbelanjaan semua wang bagi tahun kewangan yang sebelumnya dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung tahunannya dan seterusnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

Pembangunan Sukan 37

Jadual

JADUAL KETIGA

[Seksyen 19]

PERLEMBAGAAN ATAU KAEDAH-KAEDAH BADAN SUKAN

YANG LAIN DI BAWAH AKTA INI

Badan sukan hendaklah mengadakan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedahnya perkara-perkara yang berikut:

1. Matlamat atau fungsi badan sukan adalah—

(a)

untuk menggalakkan dan membangunkan sukannya;

(b)

untuk memastikan perlembagaan atau kaedah-kaedahnya dipatuhi oleh semua anggotanya;

(c)

untuk memastikan aktiviti sukannya dikendalikan dalam persekitaran sukan yang selamat, dan berintegriti termasuk untuk mematuhi kaedah-kaedah antidoping yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; dan

(d)

untuk mengambil langkah remedi bagi perkara-perkara yang melibatkan keselamatan diri dan persekitaran termasuk gangguan seksual dan penderaan.

2. Aktivitinya dikendalikan tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.

3. Keanggotaan badan sukan direkodkan dan disimpan dengan teratur.

4. Akaun teraudit sepenuhnya serta laporan mengenai segala aktiviti, dan penggunaan dan perbelanjaan semua wang bagi tahun kewangan yang sebelumnya dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung tahunannya dan seterusnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

38

Akta 576

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 170/1998

Perintah Pembangunan Sukan

(Ubahsuaian) 1998

01-04-1998

P.U. (A) 177/2000

Perintah Pembangunan Sukan

(Pindaan) 2000

26-05-2000

P.U. (A) 279/2004

Perintah Pembangunan Sukan

(Pindaan) 2004

13-08-2004

Akta A1570

Akta

Pembangunan

Sukan

(Pindaan) 2018

01-03-2019

P.U. (A) 60/2023

Perintah Pembangunan Sukan

(Pindaan Jadual Pertama) 2023

10-03-2023

P.U. (A) 61/2023

Perintah Pembangunan Sukan

(Pindaan Jadual Kedua) 2023

10-03-2023

P.U. (A) 62/2023

Perintah Pembangunan Sukan

(Pindaan Jadual Ketiga) 2023

10-03-2023

39

Akta 576

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1570 01-03-2019

9A-9B

Akta A1570 01-03-2019

11

Akta A1570 01-03-2019

12

Akta A1570 01-03-2019

16

P.U. (A) 170/1998 01-04-1998

20–21

Akta A1570 01-03-2019

24–25

Akta A1570 01-03-2019

27–33

Akta A1570 01-03-2019

36

Akta A1570 01-03-2019

38–39

Akta A1570 01-03-2019

Jadual

Jadual Pertama

P.U. (A) 177/2000

P.U. (A) 279/2004

P.U. (A) 60/2023

26-05-2000 13-08-2004 10-03-2023

Common questions

What is Sports Development Act 1997?
Akta Pembangunan Sukan 1997 is Malaysia Act, cited as Act 576 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is Sports Development Act 1997 still in force?
Yes — Sports Development Act 1997 is currently in force.
When did Sports Development Act 1997 take effect?
Sports Development Act 1997 was first recorded in 1997.
How many schedules does Sports Development Act 1997 have?
Sports Development Act 1997 contains 9 schedules.
What amends Sports Development Act 1997?
Sports Development Act 1997 has been amended by Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018.
Where can I read the official version of Sports Development Act 1997?
The official text of Sports Development Act 1997 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.