Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Pembangunan Sukan 1997
“ahli sukan” ertinya peserta sesuatu sukan, termasuk seorang atlet;
“aktiviti sukan”, berhubung dengan sesuatu sukan, termasuklah—
(a)
penganjuran pertandingan, seminar, klinik atau kursus untuk sesuatu sukan;
(b)
penghantaran peserta ke pertandingan atau acara sukan;
dan
(c)
apa-apa aktiviti lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu sukan;
“badan sukan” ertinya sesuatu persatuan, kelab atau pertubuhan yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada di peringkat daerah, Negeri atau kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab atau pertubuhan itu hanyalah anggota gabungan bagi persatuan, kelab atau pertubuhan yang lain;
“Jawatankuasa Pertikaian Sukan” ertinya Jawatankuasa Pertikaian
Sukan yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 36;
“Majlis Sukan Negara” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
[Akta 29];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan;
“Negeri” termasuklah Wilayah Persekutuan Malaysia;
Pembangunan Sukan 9
“pemegang jawatan”, berhubung dengan suatu badan sukan, termasuklah—
(a)
anggota mana-mana jawatankuasa kecil atau badan lain yang ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola suatu badan sukan, atau oleh badan pengelola cawangan badan sukan itu;
(b)
mana-mana orang yang bertanggungjawab sehingga apa-apa takat bagi pengurusan apa-apa urusan, atau penjalanan apa-apa aktiviti, suatu badan sukan atau mana-mana cawangan badan sukan itu; dan
(c)
mana-mana orang yang dilantik atau dibenarkan untuk mewakili, atau untuk bertindak bagi pihak, suatu badan sukan atau mana-mana cawangan badan sukan itu, dalam apa-apa perkara, selain orang yang diambil kerja oleh badan sukan itu untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, badan sukan itu atau mana-mana cawangan badan sukan itu atas sifat profesionalnya atau melalui perkiraan kontrak;
“perakuan” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah seksyen 10 dan termasuklah seorang Pesuruhjaya Sukan Rantau,
Timbalan Pesuruhjaya Sukan atau Penolong Pesuruhjaya Sukan;
“sukan” ertinya mana-mana aktiviti yang disenaraikan dalam