Skip to content
ActIn force

Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) (Pembubaran) 2000

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2000
Sections
11
Languages
MS · EN

Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) (Pembubaran) 2000 is Malaysia Act, cited as Act 607 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 607

AKTA PEKERJA-PEKERJA

PELABUHAN (PERATURAN

PEKERJAAN) (PEMBUBARAN)

2000

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 607 2

Tarikh Persetujuan Diraja

… …

21 Disember 2000

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

... …

23 Disember 2000

Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan)

(Pembubaran)

3

Akta 607

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965, untuk membubarkan Lembaga Buruh Pelabuhan Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah Akta itu, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan: [1 Januari 2001, P.U. (B) 467/2000] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Buruh Pelabuhan Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan 4 Akta Pekerja-Pekerja

Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965 [Akta 419];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 607 6

“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah subseksyen 1(2).

Pemansuhan dan pembubaran

Seksyen 3

Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965

dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu dibubarkan.

Perpindahan kuasa, hak, dsb.

Seksyen 4

Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.

Seksyen 5

Perpindahan hak milik harta

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan.

Pemindahan wang

Seksyen 6

Semua wang yang ada pada, atau yang kena dibayar kepada,

Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahkan atau kena dibayar kepada, dan terletak hak pada Kerajaan.

Seksyen 7

Akaun Amanah

(2)

Akaun Amanah itu hendaklah dikendalikan bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dan apa-apa baki wang yang dipegang dalam Akaun Amanah pada akhir tempoh itu hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan.

Kontrak yang sedia ada, dsb.

Seksyen 8

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang dipindahkan hakmiliknya di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh, sama ada menentang atau memihak kepada Kerajaan, dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya dan telah menjadi suatu pihak kepadanya, dan bukan Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya.

Seksyen 9

Penerusan prosiding

(2)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga jika Akta ini tidak pernah diluluskan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 607 8

Penerusan undang-undang, dsb.

Seksyen 10

(2)

Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) mengenai Lembaga hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang membawa erti sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Seksyen 11

Pencegahan kesukaran atau anomali

(2)

Dalam seksyen ini, “ubahsuaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan)

(Pembubaran)

9

Akta 607

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 607 10

Akta 607

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000?
Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) (Pembubaran) 2000 is Malaysia Act, cited as Act 607 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.
Is Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 still in force?
Yes — Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 is currently in force.
When did Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 take effect?
Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 was first recorded in 2000.
How many sections does Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 have?
Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 contains 11 sections.
Where can I read the official version of Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000?
The official text of Port Workers (Regulation of Employment) (Dissolution) Act 2000 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) (Pembubaran) 2000 (No. 607)