Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

11. Pencegahan kesukaran atau anomali

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau mencegah kesukaran atau anomali itu tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas tamat tempoh tiga tahun dari tarikh yang ditetapkan.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubahsuaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan)

(Pembubaran)

9

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 607 10

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA –

Report