5. Perpindahan hak milik harta
Feedback & support(1)
Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud
Kerajaan.
(2)
Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan.