Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

9. Penerusan prosiding

Feedback & support
(1)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan sedemikian jika Akta ini tidak pernah diluluskan.

(2)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga jika Akta ini tidak pernah diluluskan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 607 8

Report