Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 · Updated to 31 Aug 2006 · Bahagian III · Penubuhan dan Kuasa Lembaga Pengarah
11. Jawatankuasa Lembaga
Feedback & supportBagi maksud untuk membolehkannya menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh melantik apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau dikehendaki.
Undang-Undang Malaysia 14
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen
hendaklah menimbangkan perkara yang disebut kepadanya oleh
Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada
Lembaga.
Pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Lembaga atau, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, oleh anggota jawatankuasa daripada kalangan mereka.
Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen
hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghentikan atau mengubah penubuhan jawatankuasa yang dilantik.
Peruntukan dalam Jadual Pertama, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.
Dalam pemakaian Jadual Pertama bagi sesuatu jawatankuasa—
sebutan kepada Lembaga hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada jawatankuasa; dan
sebutan kepada Pengerusi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada pengerusi Jawatankuasa.