Skip to content
In forceUpdated to 31 Aug 2006Read it in English

Bahagian VI · Kewangan

27. Penubuhan Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dinamakan

Kumpulan Wang Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang akan ditadbir dan dikawal oleh Lembaga ditubuhkan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

Undang-Undang Malaysia 28

(b)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dipinjamkan dari semasa ke semasa kepada Akademi oleh Kerajaan;

(c)

apa-apa hadiah sukarela kepada Akademi;

(d)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Akademi;

(f)

wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Akademi; dan

(g)

segala jumlah wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada

Akademi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa, fungsi dan kewajipannya.

(3)

Semua wang yang dibayar kepada Akademi hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Akademi untuk semua atau mana-mana tujuan Akademi menurut anggaran yang diluluskan oleh Menteri.

Report