Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 · Updated to 31 Aug 2006 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akademi” ertinya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
Undang-Undang Malaysia 8
“Lembaga Pengajian” ertinya Lembaga Pengajian Akademi yang ditubuhkan di bawah seksyen 12;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;
“Rektor” ertinya Rektor Akademi yang dilantik di bawah seksyen 13 sebagai ketua pegawai eksekutif Akademi dan “Timbalan Rektor”
hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2).