Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 · Updated to 31 Aug 2006 · Bahagian VI · Kewangan
29. Kuasa untuk melabur
Feedback & supportAkademi boleh melabur dalam sekuriti Kerajaan atau sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Kewangan, wang Kumpulan Wang, yang tidak diperlukan serta-merta untuk perbelanjaan semasa, dengan kuasa dari semasa ke semasa untuk mengubah apa-apa pelaburan,
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 29
tertakluk kepada kebenaran secara bertulis terlebih dahulu oleh
Menteri Kewangan diperoleh berkenaan dengan apa-apa perubahan berikutan apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang lain daripada sekuriti Kerajaan.
Akademi boleh menyimpan, sama ada dalam deposit tetap atau akaun semasa, apa-apa wang yang tidak dilaburkan buat sementara waktu di mana-mana bank di Malaysia yang memegang lesen yang sah di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 [Akta 372] atau Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]
dan diberi kelulusan terlebih dahulu secara bertulis bagi maksud ini oleh Menteri.