Skip to content
PendingUpdated to 15 Oct 2016Read it in English

Act of Parliament

National Anti-Drugs Agency Act 2004

Feedback & support

Long title

Suatu Akta untuk menubuhkan Agensi Antidadah Kebangsaan untuk meletakhakkan kuasa pada pegawai Agensi untuk melaksanakan fungsi pencegahan, rawatan, pemulihan, penguatkuasaan, penyiasatan, langkah-langkah pencegahan khas, pelucuthakan harta dan pentadbiran mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234], Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283], Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316], Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 [Akta 340] dan bagi perkara-perkara yang perlu atau yang berkaitan dengannya.

Pending · Updated to 15 Oct 2016

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam

Akta ini.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 638

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Agensi” ertinya Agensi Antidadah Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Agensi yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

“pegawai Agensi” termasuklah Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 5;

“pegawai kanan Agensi” ertinya Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai

Agensi yang memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua

Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah.

Bahagian II

Penubuhan Agensi dan Pelantikan

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Agensi

Bahagian IV

Schedules