Skip to content

Seksyen 17

Pakaian seragam dan kelengkapan dikembalikan apabila berhenti menjadi pegawai Agensi

of Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017

ActIn forceProvision 17 of 30
Seksyen 17
(1)

Apabila seorang pegawai Agensi berhenti menjadi pegawai Agensi dia hendaklah, dalam masa empat belas hari, mengembalikan kepada orang yang dilantik oleh Komisioner

Jeneral bagi maksud itu pakaian seragam dan kelengkapannya yang dibekalkan kepadanya.

(2)

Seorang pegawai Agensi yang, setelah berhenti menjadi pegawai Agensi, tanpa sebab yang munasabah tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, boleh dikehendaki membayar nilai harta yang tidak dikembalikan itu, dan nilai itu akan ditentukan oleh mahkamah secara penghakiman terus dan boleh didapatkan kembali sebagai suatu denda.

Penyamaran