Skip to content
ActIn force

Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2017
Sections
30
Languages
MS · EN

Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 is Malaysia Act, cited as Act 799 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 799

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 799

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

10 November 2017

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

30 November 2017

Hakcipta Pencetak H

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 799

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang dan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Kawalan Sempadan

Malaysia 2017.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 799

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 799

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Agensi” ertinya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Entiti Kerajaan” termasuklah—

(a)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga atau majlis bagi Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana

Kerajaan Negeri, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya;

(c)

pasukan keselamatan;

“Jawatankuasa Peringkat Tertinggi” ertinya Jawatankuasa

Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan di bawah subseksyen 5(1);

“Jawatankuasa Penyelaras” ertinya Jawatankuasa Penyelaras

Agensi yang ditubuhkan di bawah subseksyen 8(1);

“Komisioner Jeneral” ertinya Komisioner Jeneral Agensi yang dilantik di bawah subseksyen 11(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

“pegawai Agensi” termasuklah Komisioner Jeneral dan

Timbalan-timbalan Komisioner Jeneral yang dilantik di bawah seksyen 11, dan mana-mana pegawai Agensi yang dilantik di bawah subseksyen 13(1);

“sempadan darat Malaysia” ertinya sempadan darat antara

Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Indonesia, dan

Malaysia dengan Brunei.

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 7

Bahagian II

AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA

Penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

(1)

Suatu agensi dengan nama “Agensi Kawalan Sempadan

Malaysia” ditubuhkan.

(2)

Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan khidmatnya di sempadan darat Malaysia bagi mengawal apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia.

Fungsi Agensi

Agensi hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menjalankan kawalan sempadan darat Malaysia;

(b)

untuk membuat syor mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan sempadan darat Malaysia atau bagi perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini kepada

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa

Penyelaras;

(c)

untuk menerima apa-apa laporan bagi pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia;

(d)

untuk mencegah dan menyekat pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat

Malaysia;

(e)

untuk menyelaras pelaksanaan penguatkuasaan oleh Agensi dengan agensi lain di sempadan darat Malaysia;

(f)

untuk memantau apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia;

(g)

untuk merumus dasar dan program untuk mencegah apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia; dan

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 799

(h)

secara amnya untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan sempadan darat Malaysia atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengan fungsinya.

Bahagian III

JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI

(1)

Suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa

Peringkat Tertinggi bagi Agensi ditubuhkan bagi maksud Akta ini.

(2)

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

(d)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

(e)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan;

(f)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi;

(g)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan dan kebudayaan;

(h)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

(i)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;

(j)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 9

(k)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;

(l)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

(o)

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan

Negara;

(s)

Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi

(1)

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu.

(2)

Tujuh orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum suatu mesyuarat Jawatankuasa Peringkat

Tertinggi.

(3)

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Jawatankuasa Peringkat

Tertinggi untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(4)

Agensi boleh melantik mana-mana pegawai dalam kalangan pegawai Agensi untuk menjadi urus setia bagi Jawatankuasa

Peringkat Tertinggi.

Fungsi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelaras dan Agensi atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan keselamatan sempadan darat Malaysia.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 799

Bahagian IV

JAWATANKUASA PENYELARAS

(1)

Suatu Jawatankuasa Penyelaras ditubuhkan bagi maksud

Akta ini.

(2)

Jawatankuasa Penyelaras hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri sebagai Pengerusi;

(c)

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan

Negara;

(f)

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

Taman Negara, Semenanjung Malaysia;

(h)

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia;

(j)

Ketua Pesuruhjaya Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA);

(l)

Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara;

(m)

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan

Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia;

(n)

Pengarah Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia;

(q)

Ketua Pegawai Polis bagi Negeri Sabah;

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 11

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras

(1)

Jawatankuasa Penyelaras hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu.

(2)

Tujuh orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum suatu mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras.

(3)

Jawatankuasa Penyelaras boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Jawatankuasa Penyelaras untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati Jawatankuasa Penyelaras mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(4)

Agensi boleh melantik mana-mana pegawai dalam kalangan pegawai Agensi untuk menjadi urus setia bagi Jawatankuasa

Penyelaras.

Fungsi Jawatankuasa Penyelaras

(1)

Jawatankuasa Penyelaras hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(b)

untuk membuat syor mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan sempadan darat Malaysia atau bagi perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini kepada

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi;

(c)

melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi;

(d)

merumus dasar dan program untuk mencegah apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 799

(e)

memantau apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat

Malaysia dan mendapatkan maklum balas daripada agensi

Kerajaan dan organisasi yang berkaitan;

(f)

memperakukan syor yang dibuat oleh Agensi kepada

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi;

(g)

mempertimbangkan langkah-langkah bagi mengawal apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia;

(h)

bekerjasama dan menyelaras dengan agensi Kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia; dan

(i)

melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pelaksanaan sewajarnya Akta ini.

(2)

Jawatankuasa Penyelaras boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Jawatankuasa Penyelaras untuk membantu Jawatankuasa

Penyelaras dalam menjalankan fungsinya.

Bahagian V

PEGAWAI AGENSI

Pelantikan Komisioner Jeneral dan Timbalan Komisioner

Jeneral Agensi

(1)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seseorang dalam kalangan pegawai awam untuk menjadi Komisioner Jeneral

Agensi bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan orang itu layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dianggap perlu oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Menteri hendaklah melantik Timbalan-timbalan Komisioner

Jeneral Agensi dalam kalangan pegawai awam bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Menteri bagi maksud menjalankan dan menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 13

(3)

Komisioner Jeneral hendaklah bertanggungjawab kepada

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Penyelaras bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubungan dengan Agensi.

(4)

Komisioner Jeneral boleh, bagi menguatkuasakan sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini atau bagi pelaksanaan lebih mudah peruntukan Akta ini, mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau keputusan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Komisioner Jeneral.

Pembatalan dan peletakan jawatan Komisioner Jeneral

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan Komisioner Jeneral yang dilantik di bawah subseksyen 11(1).

(2)

Komisioner Jeneral boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada

Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan pegawai lain Agensi

(1)

Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai

Agensi dalam kalangan pegawai awam sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini seperti yang berikut:

(a)

pegawai polis sebagaimana yang dinyatakan dalam

Akta Polis 1967 [Akta 344];

(b)

pegawai kastam sebagaimana yang dinyatakan dalam

Akta Kastam 1967 [Akta 235];

(c)

pegawai imigresen sebagaimana yang dinyatakan dalam

Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];

(d)

pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 [Akta 638];

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 799

(e)

pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau

Negara 2009 [Akta 692]; dan

(f)

mana-mana pegawai awam lain sebagaimana yang difikirkan perlu.

(2)

Pelantikan pegawai lain Agensi di bawah subseksyen (1)

hendaklah bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Menteri.

(3)

Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)

adalah tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan

Komisioner Jeneral atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan, perintah atau kawalan yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Komisioner

Jeneral atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu.

Kuasa pegawai Agensi

Bagi maksud Akta ini—

(a)

seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini; dan

(b)

seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis.

Perakuan pelantikan

Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai Agensi yang dilantik di bawah

Akta ini dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Komisioner

Jeneral dan hendaklah menjadi keterangan prima facie pelantikan itu di bawah Akta ini.

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 15

Bahagian VI

Seorang pegawai Agensi hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan hendaklah memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Pakaian seragam dan kelengkapan dikembalikan apabila berhenti menjadi pegawai Agensi

(1)

Apabila seorang pegawai Agensi berhenti menjadi pegawai Agensi dia hendaklah, dalam masa empat belas hari, mengembalikan kepada orang yang dilantik oleh Komisioner

Jeneral bagi maksud itu pakaian seragam dan kelengkapannya yang dibekalkan kepadanya.

(2)

Seorang pegawai Agensi yang, setelah berhenti menjadi pegawai Agensi, tanpa sebab yang munasabah tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, boleh dikehendaki membayar nilai harta yang tidak dikembalikan itu, dan nilai itu akan ditentukan oleh mahkamah secara penghakiman terus dan boleh didapatkan kembali sebagai suatu denda.

Penyamaran

Mana-mana orang yang bukan seorang pegawai Agensi yang—

(a)

berpura-pura menjadi seorang pegawai Agensi dengan menyedari bahawa dia bukan sedemikian;

(b)

secara salah menyamar sebagai seorang pegawai Agensi;

atau

(c)

atas sifat yang dibuat-buat itu melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atas alasan menjadi seorang pegawai Agensi,

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 799

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pangkat pegawai Agensi

(1)

Pangkat pegawai Agensi adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Pendakwaan

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis,

Pendakwa Raya.

Obligasi kerahsiaan

(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Agensi—

(a)

tiada seorang pun pegawai Agensi atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Agensi, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi atau Jawatankuasa Penyelaras, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Agensi boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 17

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Agensi, mana-mana jawatankuasa, mana-mana pegawai Agensi atau anggota jawatankuasa, atau kakitangan Entiti Kerajaan lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Pekhidmat awam

Tiap-tiap pegawai Agensi atau anggota jawatankuasa atau kakitangan Entiti Kerajaan lain semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Agensi, mana-mana jawatankuasa, mana-mana pegawai Agensi atau anggota jawatankuasa, atau kakitangan Entiti

Kerajaan lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Perintah Tetap

Komisioner Jeneral boleh mengeluarkan perintah pentadbiran yang disebut “Perintah Tetap”, yang selaras dengan peruntukan

Akta ini, tentang kawalan am, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai Agensi, dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk pentadbiran baik Agensi atau bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas, dan pada amnya untuk memastikan Agensi berfungsi dengan cekap dan berkesan.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 799

Perlindungan bagi pemberi maklumat daripada diketahui

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahuinya pemberi maklumat itu, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dihapuskan setakat mana yang perlu sahaja untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta, mahkamah, selepas siasatan penuh atas kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak percaya sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa diketahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya ditunjukkan pengaduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Keterangan ejen provokasi boleh diterima

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana ejen provokasi tidaklah menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah gagal untuk menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan keterangan sedemikian.

Peraturan-peraturan

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Bahagian VII

Semua jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Arahan

No. 15 Majlis Keselamatan Negara dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, terus berkuat kuasa sehingga dibubarkan menurut seksyen 44 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776].

Unit Pencegahan Penyeludupan sedia ada

(1)

Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tindakan yang diambil sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh Unit

Pencegahan Penyeludupan yang sedia ada yang ditubuhkan oleh

Kerajaan Persekutuan hendaklah disifatkan telah dilakukan atau diambil oleh Agensi di bawah Akta ini.

(2)

Apa-apa arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh

Unit Pencegahan Penyeludupan yang sedia ada dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila

Akta ini mula berkuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Agensi.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 799

JADUAL

[Seksyen 19]

PANGKAT PEGAWAI AGENSI

Komisioner Jeneral

Timbalan Komisioner Jeneral

Komisioner

Timbalan Komisioner

Penguasa

Timbalan Penguasa

Penolong Penguasa

Inspektor

Sub-Inspektor

Sarjan Mejar

Sarjan

Koperal

Lans Koperal

Konstabel

Common questions

What is Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017?
Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 is Malaysia Act, cited as Act 799 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 still in force?
Yes — Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 is currently in force.
When did Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 take effect?
Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 was first recorded in 2017.
How many sections does Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 have?
Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 contains 30 sections.
Where can I read the official version of Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017?
The official text of Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.