Seksyen 9
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras
of Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017
ActIn forceProvision 9 of 30
Seksyen 9
(1)
Jawatankuasa Penyelaras hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu.
(2)
Tujuh orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum suatu mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras.
(3)
Jawatankuasa Penyelaras boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Jawatankuasa Penyelaras untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati Jawatankuasa Penyelaras mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
(4)
Agensi boleh melantik mana-mana pegawai dalam kalangan pegawai Agensi untuk menjadi urus setia bagi Jawatankuasa
Penyelaras.