Skip to content

Seksyen 20

Perintah

of Akta Antigangguan Seksual 2022

ActIn forceProvision 20 of 27
Seksyen 20
(1)

Dalam membuat suatu award di bawah seksyen 19,

Tribunal boleh membuat mana-mana satu atau lebih perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah bagi responden untuk mengeluarkan suatu pernyataan permohonan maaf kepada pengadu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

(b)

jika aduan itu berhubung dengan apa-apa perbuatan gangguan seksual yang dilakukan di khalayak ramai, suatu perintah bagi responden untuk menyiarkan suatu pernyataan permohonan maaf kepada pengadu dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

(c)

suatu perintah bagi responden untuk membayar apa-apa pampasan atau ganti rugi yang tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengadu berkenaan dengan perbuatan gangguan seksual itu; atau

(d)

suatu perintah bagi pihak-pihak untuk menghadiri apa-apa program sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal.

(2)

Tribunal boleh membuat apa-apa perintah sampingan atau berbangkit atau relief sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan apa-apa perintah yang dibuat oleh Tribunal.

(3)

Tribunal boleh menolak sesuatu aduan gangguan seksual yang dianggap remeh atau menyusahkan oleh Tribunal.

Antigangguan Seksual 17