Skip to content
In forceUpdated to 18 Oct 2022Read it in English

Act of Parliament

Akta Antigangguan Seksual 2022

Feedback & supportRedress for sexual harassment and a tribunal to hear claims

Long title

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi suatu hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual, penubuhan Tribunal bagi Antigangguan Seksual, meningkatkan kesedaran tentang dan mencegah berlakunya gangguan seksual, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.

In force · Updated to 18 Oct 2022

Bahagian I

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Section 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Antigangguan Seksual 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian atau peruntukan yang berlainan Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia 6

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“award” ertinya suatu award yang dibuat oleh Tribunal berkenaan dengan apa-apa aduan atau perkara yang dirujuk kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat olehnya di bawah

Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 26;

“gangguan seksual” ertinya apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat;

“pengadu” ertinya seseorang yang memulakan suatu prosiding di hadapan Tribunal supaya suatu perkara diuruskan oleh Tribunal;

“Pentadbir” ertinya Pentadbir Antigangguan Seksual di bawah seksyen 24;

“perintah interlokutori” ertinya suatu perintah yang—

(a)

dibuat menurut suatu aduan gangguan seksual kepada

Tribunal dalam penjalanan apa-apa prosiding Tribunal;

dan

(b)

bersampingan dengan tujuan utama prosiding itu, dan termasuklah apa-apa arahan tentang penjalanan prosiding itu, tetapi tidak termasuk apa-apa perintah separa atau interim yang membuat suatu penentuan muktamad berkenaan dengan prosiding itu;

“pihak” ertinya seseorang pengadu atau responden;

Antigangguan Seksual 7

“responden” ertinya seseorang yang terhadapnya suatu prosiding dimulakan oleh pengadu;

“Tribunal” ertinya Tribunal bagi Antigangguan Seksual yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Bahagian II

Tribunal bagi Antigangguan Seksual

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bahagian III

Pentadbir Antigangguan Seksual

Bahagian IV