Akta Antigangguan Seksual 2022 · Updated to 18 Oct 2022 · Bahagian III · Pentadbir Antigangguan Seksual
25. Fungsi dan kuasa Pentadbir
Feedback & supportPentadbir hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk merumuskan dasar atau mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual;
Antigangguan Seksual 19
untuk menggalakkan apa-apa aktiviti termasuklah meminta mana-mana orang untuk mempamerkan apa-apa notis di mana-mana tempat yang berhubungan dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual;
untuk mentadbir apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual;
dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pembaikan dan pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini.
Pentadbir hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.