Seksyen 8
Pengecualian bidang kuasa mahkamah
of Akta Antigangguan Seksual 2022
Jika suatu aduan gangguan seksual dibuat oleh mana-mana orang kepada Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam aduan gangguan seksual itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam aduan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—
(a)
prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum aduan gangguan seksual itu dibuat kepada Tribunal;
(b)
aduan gangguan seksual itu melibatkan apa-apa kelakuan yang menjadi suatu jenayah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; atau
(c)
aduan gangguan seksual di hadapan Tribunal itu ditarik balik atau dibatalkan.
(2)
Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan gangguan seksual yang kepadanya prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika tuntutan gangguan seksual di hadapan mahkamah itu ditarik balik atau dibatalkan.