Amendment Act · As enacted
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015
Amends the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan noktah di hujung takrif
“premis” dengan koma bernoktah dan memasukkan selepas takrif itu takrif yang berikut:
‘ “tempat perlindungan” ertinya tempat perlindungan yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 42(1)
Akta ini.’.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN
ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 6
Subseksyen 6(2) Akta ibu dipinda—
dengan memotong perenggan (c);
dengan memasukkan selepas perenggan (l), perenggan yang berikut:
“(la) Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, atau wakilnya;
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau wakilnya;
Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga
Kerja Semenanjung Malaysia, atau wakilnya;
Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja
Sabah, atau wakilnya;
Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak, atau wakilnya;”; dan
dengan menggantikan perenggan (m) dengan perenggan yang berikut:
“(m) seorang wakil Kementerian yang berikut:
Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan;
Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan;
Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan belia dan sukan;
Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (Pindaan)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi;”.
s 4Bahagian baru Ia
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I
Bahagian yang berikut:
“Bahagian Ia
JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 5a. (1) Suatu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Menteri bagi Kementerian yang merupakan anggota Majlis.
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah dipengerusikan oleh Menteri.
Mesyuarat Jawatankuasa 5b. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang perlu.
Fungsi Jawatankuasa 5c. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Majlis.”.
s 5Pindaan seksyen 7
Subseksyen 7(1) Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat di hujung perenggan (j); dan
Undang-Undang Malaysia 6
dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:
“(ja) membayar apa-apa elaun, tertakluk kepada ketersediaan wang, kepada orang yang diperdagangkan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis; dan”.
s 6Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula seksyen itu sebagai subseksyen (1); dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Setiausaha Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan dan fungsi yang berhubungan dengan Majlis sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.”.
s 7Pindaan seksyen 42
Subseksyen 42(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan
“, pemberitahuan dalam Warta,”.
s 8Pindaan seksyen 43
Seksyen 43 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan
“, pemberitahuan dalam Warta,” dan perkataan “dalam pemberitahuan itu”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Menteri untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan seorang Pegawai
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (Pindaan)
7
Pelindung di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.”.
s 9Pindaan seksyen 44
Subseksyen 44(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat belas hari” dengan perkataan “dua puluh satu hari”.
s 10Pindaan seksyen 51
Seksyen 51 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“empat belas hari” dengan perkataan “dua puluh satu hari”; dan
dalam subperenggan (3)(a)(i), dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga bulan”.
s 11Seksyen baru 51a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51
seksyen yang berikut:
“Kebenaran bagi orang yang diperdagangkan untuk bergerak bebas dan untuk bekerja 51a. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 66, mana-mana orang yang kepadanya perintah perlindungan interim telah diberi, atau mana-mana orang yang diperdagangkan yang kepadanya
Perintah Perlindungan telah diberi, boleh diberikan kebenaran oleh Majlis—
untuk bergerak bebas; atau
untuk diambil bekerja, bertugas atau berkontrak dengan untuk menjalankan kerja dalam apa-apa pekerjaan semasa tempoh perintah perlindungan interim atau
Perintah Perlindungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 8
Seseorang warganegara asing yang diberikan kebenaran untuk bekerja di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada mana-mana sekatan dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang berhubungan dengan pekerjaan warganegara asing di Malaysia.”.
s 12Pindaan seksyen 52
Seksyen 52 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Pada bila-bila masa semasa tempoh Perintah Perlindungan dibuat di bawah subperenggan 51(3)(a)(ii), jika” dengan perkataan “Jika”; dan
dalam subsekyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“ditempatkan,” perkataan “atau kepada pegawai penguat kuasa yang menyiasat hal keadaan kes seseorang orang yang diperdagangkan,”.
s 13Pindaan seksyen 54
Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 54(1)(b)
dengan perenggan yang berikut:
“(b) dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing yang mempunyai dokumen yang sah dan telah diambil bekerja, melepaskan orang yang diperdagangkan itu, atau dalam apa-apa hal lain sebagaimana yang boleh ditetapkan, melepaskan orang itu kepada pegawai imigresen untuk dihantar balik ke negara asalnya mengikut mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan imigresen.”.
s 14Seksyen baru 65a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65
seksyen yang berikut:
“Pekhidmat awam 65a. Tiap-tiap Pegawai Pelindung, semasa menunaikan kewajipannya sebagai Pegawai Pelindung itu di bawah
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (Pindaan)
9
Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].”.
s 15Pindaan seksyen 66
Subseksyen 66(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) untuk menetapkan kelayakan, syarat, tatacara atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pemberian kebenaran untuk bergerak bebas dan untuk bekerja di bawah seksyen 51a;”.
s 16Seksyen baru 66a dan 66b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66
seksyen yang berikut:
“Perintah pembayaran pampasan kepada orang yang diperdagangkan 66a. (1) Mahkamah yang di hadapannya tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh orang yang telah disabitkan bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada orang yang diperdagangkan.
Berhubung dengan perintah pembayaran pampasan, subseksyen 426(1a), (1b), (1c) dan (1d) Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai.
Bagi maksud pembayaran pampasan, seksyen 432
Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.
Perintah pembayaran pampasan di bawah seksyen ini tidak menghalang permulaan apa-apa tindakan sivil di
Mahkamah oleh orang yang diperdagangkan itu terhadap orang yang telah disabitkan.
Undang-Undang Malaysia 10
Perintah pembayaran gaji tertunggak dalam hal tiada sabitan 66b. (1) Dalam hal tiada sabitan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, jika pembayaran gaji adalah tertunggak kepada orang yang dikatakan diperdagangkan, Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah pembayaran gaji yang tertunggak bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh
Mahkamah kepada orang yang dikatakan diperdagangkan dengan permohonan Pendakwa Raya setelah suatu inkuiri dijalankan oleh Mahkamah.
Bagi maksud menentukan jumlah gaji yang tertunggak,
Mahkamah hendaklah menjalankan suatu inkuiri dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh keputusan itu untuk menentukan perintah di bawah subseksyen (1).
Bagi maksud subseksyen (2), apa-apa keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan oleh Mahkamah untuk menentukan pembayaran gaji yang tertunggak.
Bagi maksud pembayaran gaji yang tertunggak di bawah subseksyen (1), seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.”.
s 17Kecualian
Pindaan Akta ini tidaklah menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta yang dipinda itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa pindaan ini.